• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung turunkan harga Galaxy A12 & Galaxy Tab S6 Lite secara kekal

  • OLEH Najib
  • 4:48 pm
  • 12/04/2021
  • Komen
Samsung turunkan harga Galaxy A12 & Galaxy Tab S6 Lite secara kekal
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 22 Mac lepas, Samsung mengadakan promosi masa terhad untuk Galaxy A12 dengan memberi diskaun sebanyak RM100 sehingga 11 April 2021. Hari ini, Samsung mengumumkan bahawa harga promosi ini akan dikekalkan sebagai harga rasmi baru Samsung Galaxy A12.

Samsung Galaxy A12 adalah salah satu telefon pintar yang dilancarkan Samsung Malaysia pada bulan Januari tahun ini, di samping Galaxy A02s. Dengan pengumuman ini, Galaxy A12 akan memiliki harga rasminya hanya RM699 sahaja.



  • Galaxy A12 (6GB+128GB) – RM799 RM699

Di samping itu, Samsung Malaysia turut mengumumkan penurunan harga untuk tablet mereka yang dilengkapi S Pen, Galaxy Tab S6 Lite. Galaxy Tab S6 Lite ditawarkan dalam dua jenis, WiFi dan LTE. Kedua-duanya akan menerima penurunan harga kekal sebanyak RM200, menjadikan harganya seperti berikut:

  • Galaxy Tab S6 Lite WiFi (4GB+64GB) – RM1,699 RM1,499
  • Galaxy Tab S6 Lite LTE (4GB+64GB) – RM1,999 RM1,799

Galaxy A12

Galaxy A12 dikuasakan cip Mediatek Helio P35 bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Skrinnya dari jenis LCD berukuran 6.5-inci, dengan resolusi HD 720p sahaja. Kapasti bateri pula sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C.



Kamera belakangnya ada empat, gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 5MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 8MP, terletak di dalam takuk di dahi skrin.

Pengimbas capjari telefon ini terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa. Ada dua warna disediakan untuknya, biru atau hitam.

Galaxy Tab S6 Lite

Perbezaan antara model WiFi dan LTE, hanyalah sokongan internet mudahalih. Seperti namanya, versi WiFi tiada ruang memasukkan kad SIM manakala versi LTE, ada slot kad sim dan menyokong rangkaian internet mudah alih 4G LTE.

Galaxy Tab S6 Lite dikuasakan oleh cip Samsung Exynos 9611, bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Storannya boleh diluaskan menggunakan kad mikroSD, sehingga 1TB.

Skrin tablet ini dari jenis LCD, berukuran 10.4-inci dengan resolusi HD Penuh, dalam nisbah 5:3. Ia ada satu kamera belakang 8MP dengan autofokus, serta satu lagi kamera hadapan 5MP berfokus tetap yang terletak di bingkai di atas skrin.

Sistem bunyi di tablet ini dikeluarkan menerusi speaker stereo di atas dan bawahnya, serta menyokong bunyi sekeliling Dolby Atmos dan ditala oleh AKG. Bateri di dalamnya berkapasiti 7,040mAh dan boleh mengecas pantas sehingga 15W melalui USB-C.

Tags: samsungsamsung galaxy a12Samsung Galaxy Tab S6 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Samsung turunkan harga Galaxy A12 & Galaxy Tab S6 Lite secara kekal

Samsung turunkan harga Galaxy A12 & Galaxy Tab S6 Lite secara kekal

12 April 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER