Grab diserang dan Gojek dihujani, bisa kah hari pertama Ramadan berjalan lancar?

Hari ini umat Islam di Malaysia dan Indonesia mula menyambut hari pertama bulan Ramadan. Dua syarikat perkhidmatan terkemuka Indonesia, Grab dan Gojek masing-masing telah memuat naik video pendek bertemakan Ramadan.

Video Grab menyaksikan aksi perang angkasa ala Star Wars. 4 orang ahli di dalam kapal angkasa telah diserang, dan semua makanan dan perkakas simpanan mereka telah habis dicuri.

Masa yang singkat untuk berbuka puasa membuatkan mereka tidak tentu arah, melainkan seorang. Bilangnya, setiap ujian pasti ada penyelesaian dan memperkenalkan butang Grab. Apakah yang boleh dilakukan?

Sementara itu di Gojek, mereka menayangkan video pendek mengandungi bawang. Anehnya, tiada adegan memasak di dalamnya. Jadi apa kegunaan bawang di dalam video ini?

Saksikan video Grab dan Gojek tersebut di bawah ini. Video pendek Grab kelihatan seperti ada sambungannya. Jika ada, mahu tak menonton episod seterusnya?

Bisalah Ramadan Lancar Jaya Bareng Grab!

Iklan Ramadan Gojek 2021 Mengandung Bawang

[Sumber: Malay Mail]