Malware yang berleluasa di Google Play Store kini jangkiti peranti Huawei

Dalam ekosistem Android, ada satu malware yang digelar Joker ini tugasnya ialah melanggan perkhidmatan premium secara senyap-senyap bagi pihak tuan telefon yang dijangkitinya. Hasilnya, bil telco pengugna melonjak naik disebabkan perkhidmatan yang tidak mereka ketahui tentangnya.

Malware ini asalnya berlegar-legar di Google Play Store, berselindung disebalik APP yang nampak seperti selamat dan menunggu mangsa memuat turunnya. Namun, malware yang sama turut dikesan mula menular dalam ekosistem Huawei yang tidak gunakan Google Play Store langsung disebabkan sekatan dagang yang dikenakan ke atas mereka.

Bagaimanakah ia berlaku?

Mudah saja, ada pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik APP yang sama ka Huawei AppGallery. Kebanyakkan daripada APP yang mengandungi malware didapati hadir daripada pembangun yang sama iaitu Shanxi Kuailaipai Network Technology Co., Ltd. 10 APP yang paling banyak dimuat turun menyumbang kepada 538,000 jangkitan. Malware.

Walaupun 10 APP yang paling banyak dimuat turun tadi telahpun dibuang, ia tidak bermakna serangannya akan terhenti untuk pengguna yang sudahpun muat turunnya. Berikut ialah nama APP tersebut:

  1. Super Keyboard
  2. Happy Colour
  3. Fun Color
  4. New 2021 Keyboard
  5. Camera MX – Photo Video Camera
  6. BeautyPlus Camera
  7. Color RollingIcon
  8. Funney Meme Emoji
  9. Happy Tapping
  10. All-in-One Messenger

Joker dipercayai menular dalam ekosistem Android sejak 2017 dan Google telahpun membuang sekitar 1,700 APP yang dijangkiti malware tersebut sejak dikesan.

Sumber: BleepingComputers