Seseorang di Singapura dijangkiti COVID-19 walaupun telah lengkapkan program imunisasi, ini penjelasannya

Di Singapura, ada satu kes COVID-19 dilaporkan dan diagnostiknya agak menarik. Dia telah terima suntikan vaksin COVID-19 pada akhir Januari 2021 dan suntikan kedua pada 17 Februari 2021.

Individu tersebut sudahpun diasingkan daripada orang ramai dan sedang dirawat. Persoalnnya, bagaimanakah dia boleh dijangkiti walaupun sudah imun?

Kementerian Kesihatan republik itu mengatakan bahawa insiden itu adalah peringatan kepada semua bahawa risiko dijangkiti walaupun selepas divaksinkan tetap ada. Tapi, vaksin ternyata berkesan untuk basmi jangkitan bersimptom kerana individu ini dikategorikan dalam kumpulan tidak menunjukkan simptom.

Berbalik kepada soalan asal, tahap gerak balas imunisasi seseorang ialah factor utama kepada jangkitan semula. Apabila vaksin disuntik kedalam badan seseorang, ia akan mengajar sistem imunisasi hos untuk hasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut.

Kepantasan sistem imunisasi membaca “blueprint” tersebutlah yang menentukan sama ada badan mampu menghalang jangkitan semula ataupun tidak.

Di Singapura, ada dua jenis vaksin sedang digunakan dan kedua-duanya ialah daripada jenis mRNA iaitu Pfizer-BioNTech serta Moderna.

Di Malaysia pula, kita gunakan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac manakala ada 3 lagi vaksin sedang dinilai NPRA sebelum diberikan kelulusan.

Setakat 12 April 2021, seramai 409,784 individu telah melengkapkan program vaksinasi COVID-19 dan lebih 1 juta vaksin telahpun diedarkan.

Sumber: ChannelNewsAsia, Pemuka