Acer Nitro Gaming Monitor berikan 165Hz pada harga RM653 sahaja

Kalau anda sedang cari monitor gaming dengan refresh rate 165Hz, anda mungkin boleh pertimbangkan Acer Nitro Gaming Monitor QG241YP kerana pada harga RM653 dalam waktu terhad, ini adalah antara yang termurah dalam kelasnya.

Padanya terdapat panel VA sebesar 23.8” dengan resolusi FHD. Untuk mencapai refresh rate setinggi 165Hz, anda perlu gunakan DisplayPort tapi ia tetap boleh pergi sehingga 144Hz bila anda gunakan HDMI.

Sekiranya anda terfikiru ntuk gunakannya untuk kerja-kerja kreatif, keupayaannya agak terhad. Ia sokong gamut warna 8 bit dan cakupan NTSC cuma 72%. Tapi, untuk gaming, ia cemerlang dengan response time sepantas 1ms (VRB) serta nisbah kontras 100 juta:1 pada kecerahan 250 nits. Perlu dikethaui juga yang ia sokong AMD FreeSync serta HDR10 untuk pengalaman gaming yang lebih baik.

Di bahagian belakang monitor, anda boleh temukan beberapa I/O untuk digunakan iaitu 2 port HDMI (1.4 + 2.0), 1 DisplayPort, dan 1 jek audio 3.5mm. Monitor ini juga dilengkapi sepasang speaker 2W untuk kegunaan anda.

Acer Nitro Gaming Monitor QG241YP miliki tanda harga RM749. Ia lebih murah daripada model dengan spesifikasi hampir serupa daripada subjenama AOPEN. Kalau anda berminat untuk dapatkan Acer Nitro Gaming Monitor ini, tempahan dibuka antara 14 hingga 16 April 2021 pada harga RM653. Selepas itu, harganya akan kembali kepada asal.