• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Surface Laptop 4 baru ada pelbagai pilihan konfigurasi dan harga untuk dipilih

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:12 am
  • 14/04/2021
  • Komen
Microsoft Surface Laptop 4 baru ada pelbagai pilihan konfigurasi dan harga untuk dipilih
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft telah mengemas kini barisan laptop Surface mereka. Microsoft Surface Laptop 4 yang diperkenal mereka ini hadir dalam perisa Intel dan AMD untuk dipilih pengguna. Selain CPU, ada pelbagai kombinasi RAM dan storan turut disediakan merentasi pelbagai paras harga.

Berikut adalah senarai laptop Microsoft Surface 4 yang dtawarkan.



Microsoft Surface Laptop 4 13.5”

  • Ryzen 5 4680U: RAM 8GB, SSD 256GB – USD999 (RM4,126)
  • Ryzen 5 4680U: RAM 16GB, SSD 256GB – USD1,119 (RM4,621)
  • Core i5-1135G7: RAM 8GB, SSD 512GB – USD1,299 (RM5,364)
  • Core i5-1135G7: RAM 16GB, SSD 512GB – USD1,499 (RM6,191)
  • Core i7-1185G7: RAM 16GB, SSD 512GB – USD1,699 (RM7,017)
  • Core i7-1185G7: RAM 32GB, SSD 1TB – USD2,299 (RM9,495)

Microsoft Surface Laptop 4 15.0”

  • Ryzen 7 4980U: RAM 8GB, SSD 256GB – USD1,299 (RM5,365)
  • Ryzen 7 4980U: RAM 8GB, SSD 512GB – USD1,499 (RM6,191)
  • Ryzen 7 4980U: RAM 16GB, SSD 512GB – USD1,699 (RM7,017)
  • Core i7-1185G7: RAM 16GB, SSD 512GB – USD1,799 (RM7,430)
  • Core i7-1185G7: RAM 32GB, SSD 1TB – USD2,399 (RM9,908)

Model 13.5” dilengkapi paparan 2256×1504 manakala model 15” 2496×1664. Seperti kelazimannya, paparan pada laptop ini ada nisbah paparan 3:2 dan peka sentuhan.

Port I/O yang boleh anda temui ialah satu USB-C, satu USB-A, satu jek audio 3.5mm bersama-sama satu penyambung Surface Connect. Di bahagian portabiliti, varian yang paling besar cuma seberat kira-kira 1.54kg manakala varian lebih kecil 1.26kg.



Microsoft memaklumkan yang hayat bateri kedua-dua produk ini ialah sekurang-kurangnya 17 jam lamanya dan ia adalah satu angka yang mengagumkan. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada gaya penggunaan juga.

Melihat pada konfigurasi laptop yang ditawarkan, versi AMD semuanya lebih murah berbanding Intel. Kalau pengguna lebih mahukan CPU AMD, mereka Cuma ada pilihan RAM dan storan masing-masing sehingga 16GB dan 512GB sahaja sedangkan versi Intel boleh pergi sehingga 32GB dan 1TB.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: MicrosoftMicrosoft Surfacemicrosoft surface laptop 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Microsoft Surface Laptop 4 baru ada pelbagai pilihan konfigurasi dan harga untuk dipilih

Microsoft Surface Laptop 4 baru ada pelbagai pilihan konfigurasi dan harga untuk dipilih

14 April 2021
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER