• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acara Galaxy Unpacked akan datang, ada yang lebih berkuasa dari Galaxy S21 Ultra?

  • OLEH Najib
  • 10:52 am
  • 14/04/2021
  • Komen
Acara Galaxy Unpacked akan datang, ada yang lebih berkuasa dari Galaxy S21 Ultra?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung hari ini telah mengeluarkan jemputan ke satu lagi acara “Galaxy Unpacked”. Ia akan diadakan pada 28 April 2021, pukul 10 malam waktu Malaysia dan disiarkan secara langsung menerusi laman web Samsung serta saluran YouTube Samsung.

Nama Galaxy Unpacked sering digunakan Samsung sebagai acara pelancaran telefon pintar baharu mereka. Pada bulan Mac, acara “Galaxy Awesome Unpacked” telah memperkenal siri Galaxy A yang baharu. Lebih awal lagi pada bulan Januari, mereka mengadakan pelancaran siri Galaxy S21 di majlis “Galaxy Unpacked“.



On April 28 at 10am ET, the most powerful #SamsungGalaxy is coming#SamsungUnpacked https://t.co/vHQ8O9YS9K pic.twitter.com/bGq9DT1cR7

— Samsung Electronics (@Samsung) April 13, 2021

Bagi acara pada 28 April ini, Samsung menamakannya sebagai “Galaxy Unpacked: The Most Powerful Galaxy Is Coming”. Adakah ini memberi petunjuk bahawa ada peranti yang lebih berkuasa dari siri Galaxy S21 akan dilancarkan nanti?

Samsung telah berkongsi video pendek sebagai pengenalan kepada acara ini. Anda boleh menontonnya di bawah ini.



Bagaimanapun, kebanyakan petunjuk yang tersebar di internet menunjukkan bahawa Samsung tidak akan melancarkan telefon pintar kali ini. Sebaliknya, Samsung akan memperkenal barisan laptop baru mereka berkuasa tinggi, Samsung Galaxy Book Pro dan Galaxy Book Pro 360.

Terdapat gambar terbocor telah disebarkan, menunjukkan rupa sebenar laptop baru Samsung ini. Ia dikatakan diambil dari laman pensijilan SafetyKorea.

  • Galaxy Book Pro
  • Galaxy Book Pro 360
Sumber

Perkara ini selari dengan laporan dari pakar pembocor berita, Evan Blass. Beliau telah berkongsi gambaran laptop baru Samsung ini, berdasarkan maklumat yang telah diterimanya.

Check out Samsung's next Windows laptops, the Galaxy Book Pro and Pro 360 (with S21 Ultra-inspired wallpaper, it would seem): https://t.co/T0dJHA65CE

— Evan Blass (@evleaks) March 20, 2021

Samsung Galaxy Book Pro dan Galaxy Book Pro 360 dikatakan akan datang dengan paparan 13-inci dan 15-inci, serta papan kekunci penuh bersama numpad. Galaxy Book Pro 360 pula ada tambahan sokongan stailus Samsung S Pen.

Sumber

Dalam laporan lain pula, Galaxy Book Pro akan dikuasakan cip terbaru Intel Core-i generasi ke-11, bersama grafik Intel Iris Xe dan Nvidia MX450. Skrinnya dari jenis AMOLED dan ia memiliki port Thunderbolt 4 seta menyokong internet mudah alih LTE.

Walaupun Samsung tidak aktif menjual laptop di Malaysia, ini mungkin akan menjadi satu langkah untuk Samsung lebih giat membawa laptopnya ke lebih banyak pasaran. Kita telah melihat bagaimana Huawei telah membanjiri pasaran Malaysia dengan pelbagai laptop keluarannya.

Nantikan laporan dari kami pada hari pelancaran 28 April kelak.

[Sumber: Samsung, Android Authority]

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Acara Galaxy Unpacked akan datang, ada yang lebih berkuasa dari Galaxy S21 Ultra?

Acara Galaxy Unpacked akan datang, ada yang lebih berkuasa dari Galaxy S21 Ultra?

14 April 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER