Shopee adalah platform e-dagang terkenal di Malaysia. Tetapi Shopee semakin giat dengan fungsi dompet digital mereka, ShopeePay yang boleh digunakan di kedai-kedai fizikal di luar talian. Kini, Shopee memperkenal cara mencari tawaran terbaik ShopeePay lebih mudah, dengan melancarkan fungsi ‘Deals Near Me‘.
Ciri baharu ini memudahkan pengguna ShopeePay untuk mencari tawaran terbaik yang sedia ada di kawasan berhampiran mereka. Apatah lagi, Shopee kini sedang mengadakan kempen Raya Bersama Shopee dari sekarang hingga 14 Mei 2021.
‘Deals Near Me’ adalah satu ciri atas talian ke luar talian atau online-to-offline (O2O) yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi. Melalui ‘Deals Near Me’, perniagaan-perniagaan luar talian seperti kafe, restoran, dan penyedia perkhidmatan boleh menawarkan diskaun-diskaun mereka dalam bentuk baucar ShopeePay untuk ditemui oleh para pelanggan berdekatan.
Pengguna boleh membeli baucar dengan mudah di aplikasi Shopee, dan menebusnya serta-merta di kedai yang mengambil bahagian untuk menikmati pulangan tunai yang menarik apabila mereka membayar dengan ShopeePay.
Sempena bulan Ramadan ini, ShopeePay telah memperkenalkan baucar khas bulan Ramadan yang dipromosikan pada tiga waktu berbeza: Sahur Specials pada jam 5 pagi, Jom Berbuka dengan ShopeePay pada jam 12 tengah hari, dan Moreh Specials pada jam 10 malam.
Pengguna Shopee boleh membeli baucar-baucar ini dengan harga serendah 5 sen dan mendapatkan pulangan wang tunai hingga RM8, dari kedai-kedai seperti Nasi Kandar Pelita, Nando’s, TGI Friday’s, Boat Noodle, Johnny’s, OLDTOWN White Coffee, J.Co Donut dan Hokkaido Baked Cheese Tart.
ShopeePay juga kini menawarkan pulangan tunai untuk pembayaran di kedai menggunakan ShopeePay. Sehingga RM8 pulangan tunai diberikan jika membuat bayaran menggunakan ShopeePay, di kedai yang terlibat. Antaranya stesen minyak Petron, kedai Mr DIY, burger KGB, dan banyak lagi.
Kempen Raya Bersama Shopee
Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya, Shopee kini mengadakan pelbagai tawaran menarik. Pertama adalah dua hari jualan istimewa iaitu pada 23 April dan 5 Mei 2021. Diskaun hingga 80% untuk peralatan rumah, perabot, pakaian Hari Raya, hiasan dan banyak lagi diberikan sebagai persiapan untuk Hari Raya.
Seterusnya, pengguna Shopee boleh berhibur dalam rancangan Raya Bersama Shopee pada 23 April jam 10 malam, diikuti dengan rancangan Jom Heboh Di Rumah pada 4 Mei jam 9 malam, dan 5 Mei jam 2 petang yang akan disiarkan di Shopee Live, TV3 dan Tonton. Rancangan-rancangan ini akan menampilkan Duta Shopee untuk Hari Raya ini, Iman Troye bersama selebriti tempatan seperti Anuar Zain, Ernie Zakri, Kaka Azraff, Syamel, Chef Wan dan ramai lagi.
Shopee juga menyediakan saluran mudah untuk pengguna memberi sumbangan dari serendah RM1, kepada Budimas Charitable Foundation, Pertubuhan Kasih Neelofa, Protect and Save the Children, SimplySiti Di Hati, Shelter Home for Children, Ukhwah for Ummah dan banyak lagi untuk membantu kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik.
Paling menarik, Shopee menyediakan hadiah bernilai tinggi berupa dua unit Perodua Ativa, motosikal Yamaha, hingga 25 juta Syiling Shopee dan hadiah-hadiah hebat lain dalam peraduan One or Not, serta Share and Win Prizes.
Rancangan permainan Kotak Duit Raya juga kembali setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari di Shopee Live, di mana para pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM3,000 setiap hari yang akan berganda sehingga RM9,000 maksimum jika tiada pemenang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Raya Bersama Shopee, layari laman web Raya Bersama Shopee.