• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Barisan laptop baru Huawei MateBook 2021 akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:32 am
  • 15/04/2021
  • Komen
Barisan laptop baru Huawei MateBook 2021 akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia semakin agresif memasarkan komputer di mereka. Mereka telah menjadualkan satu acara pelancaran barisan laptop Matebook terbaru mereka, yang akan diumumkan pada hari Isnin depan, 19 April 2021.

Menurut Huawei, mereka akan mengumumkan naik taraf untuk beberapa model laptop Matebook mereka iaitu MateBook D 14, MateBook D 15 10th Edition, MateBook D 15 11th Edition, MateBook 14 and MateBook X Pro.



Antara naik taraf yang boleh dijangka akan diperkenal pada laptop baru ini adalah pemproses terbaru Intel generasi ke-11, RAM sehingga 16GB, WiFi 6 dan skrin FullView Display.

Barisan laptop Huawei Matebook tahun lepas

Tahun lepas, barisan laptop Huawei Matebook menawarkan harga dari serendah RM2,499. Pengguna mempunyai pelbagai pilihan skrin dari sekecil 13-inci sehingga 15-inci. Antara keunikan laptop Huawei adalah sokongan Huawei Share, perkongsian pantas dan mudah antara telefon pintar atau tablet Huawei kepada laptop Matebook.



Huawei juga baru-baru ini telah melancarkan komputer desktop pertama mereka di Malaysia, Matestation S. Komputer ini menampilkan rupa badan yang ultra kecil dengan kemudahan lebih banyak sambungan dan naik taraf sebuah komputer desktop. Anda boleh mengenali lebih lanjut mengenai MateStation S menerusi video oleh rakan kami Rory di bawah ini.

Nanti laporan dari kami mengenai pengumuman Huawei ini, tidak lama lagi.

Tags: HuaweiHuawei Matebook
Najib

Najib

POPULAR

Barisan laptop baru Huawei MateBook 2021 akan dilancar di Malaysia

Barisan laptop baru Huawei MateBook 2021 akan dilancar di Malaysia

15 April 2021
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN