• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mira Filzah akan serikan pelancaran siri Vivo V21 di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:10 pm
  • 15/04/2021
  • Komen
Mira Filzah akan serikan pelancaran siri Vivo V21 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa telefon pintar kelas pertengahan mereka, siri Vivo V21 akan dilancarkan tidak lama lagi. Telefon ini memberi fokus kepada kamera hadapan, tarikan untuk kaki swafoto.

Majlis pelancaran siri Vivo V21 akan diadakan pada 27 April 2021. Kali ini, Vivo Malaysia melantik artis kegemaran Malaysia, Mira Filzah sebagai duta. Mira akan hadir sendiri pada majlis pelancaran siri Vivo V21.



Buat masa ini, Vivo V21 masih belum dilancarkan di mana-mana negara lain. Malaysia mungkin adalah negara pertama ia dilancarkan. Seperti yang dikongsi Vivo, akan ada dua model dalam siri ini iaitu Vivo V21 dan Vivo V21e. Tiada lagi versi Pro, tetapi adakah V21e lebih hebat atau lagi kurang bertenaga dari Vivo V21?

Antara maklumat yang telah dikongsi oleh Vivo Malaysia mengenai siri Vivo V21 adalah, ia akan memiliki kamera hadapan 44MP dengan penstabil imej optikal OIS, serta tangkapan waktu malam yang hebat. Ia juga akan ada Dual Selfie Spotlight, dikatakan akan meningkatkan tahap kecerahan mengambil swafoto.



Selain itu, siri Vivo V21 akan dilengkapi dengan RAM dalam sebanyak 8GB dan RAM efek 3GB. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan RAM efek ini.

Vivo Malaysia telah membangunkan laman promosi Vivo V21. Di sana, terdapat beberapa gambar berkenaan Vivo V21. Dapat dilihat ia ada tiga kamera belakang, rekaan yang mirip dengan Vivo X60 yang baru dilancarkan di Malaysia.

Dinyatakan juga, Vivo V21 akan menyokong dwi-sim 5G. Tahun lepas, hanya Vivo V20 Pro menyokong 5G melalui cip Snapdragon 765G, berharga RM1,899. Vivo V20 pula dikuasakan cip Snapdragon 720G dengan harga RM1,499. Kedua-duanya datang bersama RAM 8GB dan storan 128GB.

Apakah naik taraf yang akan dimuatkan di dalam siri Vivo V21? Adakah harganya kekal tidak berubah? Nantikan laporan dari kami pada hari pelancarannya.

Tags: vivoVivo V21Vivo V21e
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Mira Filzah akan serikan pelancaran siri Vivo V21 di Malaysia

Mira Filzah akan serikan pelancaran siri Vivo V21 di Malaysia

15 April 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN