Facebook mahu banjiri Feed pengguna dengan mencadangkan perniagaan lain

Facebook menambah ciri yang dilihat akan membantu peniaga di Facebook berhubung dengan pelanggan dalam talian dan mengembangkan perniagaan dengan lebih baik.

Bermula di AS, Facebook akan mencadangkan beberapa page perniagaan yang pengguna mungkin minat pada ruangan utama feed. Ia akan muncul di bawah sesebuah perkongsian page perniagaan yang anda ikuti.

Contoh, anda ada ikut page restoran makanan Itali, kemudian ada perkongsian page itu lalu di feed anda, secara tidak langsung Facebook juga akan mencadangkan beberapa page restoran makanan lain yang hampir sama di bawah perkongsian page restoran makanan Itali itu tadi.

Ia akan muncul dalam bentuk gambar thumbnail sahaja. Jadi jika anda berminat, anda perlu tekan gambar thumbnail itu untuk ketahui lebih lanjut tentang sesebuah perniagaan.

Jika iklan biasa, hanya satu iklan sahaja akan dipaparkan pada ruang feed. Untuk ciri baru ini, Facebook akan mencadangkan beberapa perniagaan lain untuk anda lihat. Jadi, anda akan lebih mudah jumpa dan pertimbangkan untuk mencuba perniagaan lain yang mungkin anda tidak pernah jumpa sebelum ini.

Ciri ini akan dikembangkan di lokasi lain tidak lama lagi. Ia bukan sahaja mencadangkan kepada pengguna untuk mencuba produk dari perniaga lain, tetapi ia juga bantu perniaga untuk dapatkan pelanggan baru.

[Sumber: Engadget, Facebook]