• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Bayar zakat & menyumbang dengan mudah melalui aplikasi Tulus

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:52 pm
  • 19/04/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Tulus adalah satu aplikasi teknologi kewangan yang menyediakan kemudahan pembayaran kepada pelbagai organisasi Islam di Malaysia. Dengan satu aplikasi sahaja, anda boleh membayar zakat, menderma, wakaf dan infaq.

Ia dibangunkan oleh Tulus Digital yang sebelum ini dikenali sebagai SnapNPay Digital. Dahulu, aplikasi SnapNPay menjadi tempat pengguna membayar zakat. Kini, sesiapa yang mahu bayar zakat di situ akan diberikan notis untuk muat turun dan melakukan pembayaran di aplikasi Tulus.



Ada apa dalam aplikasi Tulus?

Di dalam aplikasi Tulus, anda boleh temui 4 ciri perkhidmatan pembayaran seperti:

  1. Zakat
  2. Wakaf
  3. Infaq
  4. Sedekah

Istimewanya di bulan Ramadan kali ini, aplikasi Tulus turut menyediakan saluran pembayaran zakat fitrah bagi beberapa negeri di Malaysia yang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, WP Labuan, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Pahang serta Perlis.



Untuk Negeri Perak, anda boleh lakukan pembayaran zakat melalui aplikasi SnapNPay.

Tulus juga menjalin kerjasama strategik dengan Touch ‘n Go eWallet dan Ikhlas.com bagi pembayaran zakat di bulan Ramadan ini.

Dengan adanya aplikasi ini, individu tidak perlu bersemuka lagi untuk melakukan amal kebajikan. Malah, hanya dengan satu aplikasi sahaja, pelbagai perkara kebaikan dapat dilakukan.

Anda boleh muat turun aplikasi Tulus di App Store dan Play Store untuk melakukan pembayar zakat bagi setiap Negeri yang tertera.

Tags: SnapNPayTulus
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Bayar zakat & menyumbang dengan mudah melalui aplikasi Tulus

19 April 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN