Canon Pixma G570 & 670, pencetak gambar berkualiti tinggi pada kos rendah

Canon Malaysia telah bawa masuk dua mesin cetak (printer) baru ke dalam pasaran kita. Pixma G570 & Pixma 670 masing-masing ialah printer 6 warna pertama Canon yang ada fungsi isi semula. Menurut Canon, produk ini amat sesuai untuk orang yang cetak media pada kuantiti banyak pada kos minimum.

Di Malaysia, harga kedua-dua model ini ialah seperti berikut:

  • Pixma G570 – RM1,229
  • Pixma G670 – RM1,529

Spesifikasi Pixma G570 & G670

Kedua-dua pencetak ini asasnya miliki komponen yang sama. Cumanya Pixma G670 ada kelebihan daripada segi mengimbas dokumen sedangkan G570 tiada fungsi pengimbas.

Pixma G570
Pixma G670

Ciri unik yang ingin diketengahkan Canon pada produk-produk ini ialah dakwatnya boleh diisi semula dan ia menggunakan dakwat jenis high-yield. Berbekalkan satu tangki penuh, pencetak ini mampu hasilkan sekitar 3,800 keping cetakan bersaiz 4” x 6”.

Kemudian, kebanyakan komponen utama pencetak ini boleh diservis sendiri oleh pengguna bagi mengurangkan waktu printer berada di pusat servis. Komponen seperti maintenance catridge dan print head boleh digantikan sendiri.

Berikut adalah spesifikasi yang dikongsi kedua-dua mereka.

  • 6 warna (balck, grey, cyan, magenta, yellow, red)
  • Resolusi cetak maksimum 4,800×1200 dpi
  • Kelajuan cetak 47 saat (4×6”)
  • Saiz cetakan sehingga A4
  • Pengimbas sehingga 1200 dpi (G670 sahaja)
  • Ketersambungan Wi-Fi 2.4Ghz dan Ethernet

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.