• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Watak Luigi kini hadir dalam set Lego Super Mario, ada suara & sensor warna layar LCD

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:03 pm
  • 21/04/2021
  • Komen
Watak Luigi kini hadir dalam set Lego Super Mario, ada suara & sensor warna layar LCD
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat karakter Luigi di dalam video permainan, kini anda boleh memilikinya di sisi dengan membeli set Lego Super Mario yang terbaharu.

Watak Luigi ini didatangkan dengan pembesar suara yang boleh pendengarkan bunyi suaranya yang unik dan ia dilengkapi dengan sensor warna, layar LCD untuk menampilkan banyak reaksi berbeza terhadap pergerakannya.



Luigi Starter Course ini khas untuk anak-anak berusia 6 tahun ke atas dan ia mempunyai 280 bata lego yang boleh digabungkan dengan semua set Lego Super Mario yang lain.

Semasa memindahkan Lego Luigi dari paip Mula ke tiang sasaran, pemain boleh memperoleh duit syiling digital dengan membantu Lego Luigi menyelesaikan cabaran gergaji berputar, melalui menara biome, berinteraksi dengan Pink Yoshi serta mengalahkan Boom Boom dan Bone Goomba.



Aplikasi Lego Super Mario serasi dengan semua produk Lego Super Mario termasuk set Luigi Starter Course ini. Melaluinya, anda boleh mengikuti skor, mengetahui arahan membina dan membaca petua kreatif.

Lego Super Mario Adventures with Luigi Starter Course ini tersedia untuk tempahan awal secara dalam talian bermula hari ini di kedai Lego yang sah, Legoland, Toys ‘R’ US, dan Kedai Lego rasmi di Lazada dan Shopee.

Set ini akan dilancarkan untuk jualan umum di seluruh dunia bermula 1 Ogos 2021 dengan harga RM259.90.

Untuk set Super Mario yang lalu, anda boleh tonton video kami pasang dan mainnya di bawah ini:

Tags: legoLego Super Mario
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Watak Luigi kini hadir dalam set Lego Super Mario, ada suara & sensor warna layar LCD

Watak Luigi kini hadir dalam set Lego Super Mario, ada suara & sensor warna layar LCD

21 April 2021
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN