• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram bantu sekat pengguna yang anda tidak mahu & akaun lain yang mereka cipta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:05 pm
  • 22/04/2021
  • Komen
Pengguna Instagram boleh cuba sorok jumlah Like
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram akan tambah ciri baru untuk mencegah gangguan dalam pesanan langsung (direct messages, DM) untuk semua pengguna.

Ada dua ciri yang akan ditambah, pertama ialah kemampuan untuk menyembunyikan perkataan yang menyakiti di dalam DM requests. Kedua ialah kemampuan Instagram bantu anda menyekat pengguna yang sama meskipun individu itu cipta akaun baru.



Sembunyi mesej menyakiti di DM requests

Sebelum ini, Instagram sudah pun mengasingkan DM dari individu yang anda ikut dan individu yang anda tidak ikut. Ini sebagai langkah untuk menapis dan mencegah penyalahgunaan dalam DM.

Tidak cukup itu, Instagram tambah lagi alat penapisan baru yang membolehkan anda menyembunyikan mesej di dalam DM yang mengandungi kata-kata, frasa dan emoji yang mampu menyakiti anda dari individu yang tidak anda ikuti.



Pihak Instagram mengatakan bahawa mereka bekerjasama dengan organisasi anti buli untuk membuat senarai perkataan yang disekat. Pengguna juga dapat menambahkan kata-kata yang mereka mahu sembunyikan dengan sendiri ke dalam senarai.

Sekat pengguna sama meskipun individu itu cipta akaun baru

Instagram akan memberi pengguna pilihan untuk menyekat individu dan akaun lain yang mungkin mereka akan cipta. Ini dapat membantu anda mengelak daripada di cari semula oleh individu sama yang anda tidak mahu.

Jadi, pada bahagian blocked accounts nanti, anda akan dapat lihat anda sekat individu itu termasuk akaun lain yang mungkin mereka cipta.

Instagram akan mula melancarkan ciri ini di beberapa negara dalam beberapa minggu akan datang dan akan terus berkembang ke lebih banyak negara dalam beberapa bulan akan datang.

Jika anda sering diganggu menerusi DM, ciri ini mungkin akan menjadi penyelamat anda lebih-lebih lagi ciri kemampuan Instagram menyekat pengguna sama meskipun individu itu cipta akaun baru.

[Sumber: Engadget, Instagram]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pengguna Instagram boleh cuba sorok jumlah Like

Instagram bantu sekat pengguna yang anda tidak mahu & akaun lain yang mereka cipta

22 April 2021
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN