Realme 8 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme 8 Pro telahpun diumumkan. Harganya untuk pasaran Malaysia ialah RM1,299 ataupun RM200 lebih murah berbanding sewaktu Realme 7 Pro dilancarkan tempoh hari.

Anda boleh lakukan tempahan untuk miliki Realme 8 Pro bermula 22 April 2021 hinggalah 30 April 2021.

Setiap pembelian daripada pengedar sah melayakkan anda untuk terimajaminan tambahan 12 bulan untuk Realme 8 Pro untuk jadikan tempoh jaminannya kepada 24 bulan.

Kalau anda terlepas tempahan, telefon ini akan dijual bermula 1 Mei 2021.

Spesifikasi Realme 8 Pro

Realme 8 Pro ialah sebuah telefon berpaparan 6.4”. Ia tampil dengan panel Super AMOLED dengan paras kecerahan tertinggi 1000 nits. Panel ini sama seperti Relame 7 Pro sebelum ini.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC yang telahpun digunakan pengeluarnya pada Realme 7 Pro dan Relame 6 Pro. Snapdragon 720G dilihat agak berusia tapi tidak bermakna ia tidak mampu jalankan tugasnya. Bersama-sama dengan SoC itu ialah kombinasi RAM dan storan 8GB dan 128GB.

Pengguna boleh luaskan storannya melalui slot mikro-SD khas.

Berganjak ke bahagian pengimejan, Realme 8 Pro ialah peranti sulung pengeluar itu yang dilengkapi kamera 108MP. Sensor Samsung HM2 bertanggung-jawab memikul tugasan mengambil gambar itu. Tiga lagi baki kamera belakang Realme 8 Pro ialah kamera 8MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (B&W).

Buat hantu selfie, Realme memberikan anda kamera 16MP untuk kegunaan anda.

Ada macam-macam benda baru dan benda yang ditambah baik daripada generasi sebelumnya pada kamera Realme 8 Pro terutamanya di bahagian gambar dalam keadaan malap. Antara yang bakal anda temui ialah Tilt-shift Time Lapse Video, Starry Time-Lapse Video, Super Nightscame, Ultra Nightscape, dan banyak lagi.

Menguasakan segala komponen elektronik Realme 8 Pro ialah sistem bateri berkapasiti 4,500mAh. Ia boleh dicas pantas menggunakan pengecas SuperDart Charge 50W.

Daripada segi specs, ia banyak mewarisi spesifikasi Realme 7 Pro. Namun, walaupun kamera utama dah dinaik taraf daripada 64MP ke 108MP, Realme tidak membawa speaker stereo kepada Realme 8 Pro.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.