• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Duo Galaxy A32 ini ada banyak kelebihannya

  • OLEH Penaja
  • 9:05 pm
  • 23/04/2021
  • Komen
Duo Galaxy A32 ini ada banyak kelebihannya
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung

Pada harga RM1,199, Samsung Galaxy A32 5G ialah telefon 5G termurah daripada Samsung. Tapi, kalau anda tidak mahu sertai teknologi 5G terlalu awal, Galaxy A32 juga hadir dalam varian LTE sahaja dan harganya cuma RM1,099.

Namun, jangan pula anda pandang rendah sebab dalam badan kedua-dua Galaxy A32 ini sarat dengan komponen-komponen berprestasi tinggi.

Paparan yang tak tertanding

Samsung Galaxy A32 dilengkapi paparan Super AMOLED yang cerah. Ia mampu memancarkan sehingga 800 nits untuk tontonan anda. Dalam masa yang sama, ia menapis frekuensi cahaya biru agar penglihatan tidak menyakitkan.

Bukan setakat itu, skrin Galaxy A32 memiliki refresh rate setinggi 90Hz. Hasilnya, kesan kabur akibat pergerakan dapat diminimumkan ketika anda menggunakannya.

Untuk varian Galaxy A32 5G pula, ia mempunyai paparan besar 6.5” Infinity-V. Pada resolusi HD+, ia memberikan anda pengalaman tontonan skrin bingkai-ke-bingkai yang luas untuk pengalaman menonton video yang mengagumkan.

Kamera berpestasi tinggi

Duo Galaxy A32 ini hadir dengan kuadkamera belakang dan satu kamera depan. Pada model LTE, anda diberikan kamera utama 64MP, kamera ultralebar 8MP, kamera bokeh 5MP, kamera makro 5MP beserta kamera selfie 20MP.

Untuk model Galaxy A32 5G, anda dapat spesifikasi hampir serupa.

Di bahagian belakang, anda dapat kamera utama 48MP, kamera ultralebar 8MP, kamera bokeh 2MP, dan kamera makro 5MP. Swafoto dilakukan melalui kamera 13MP.

Salah satu ciri menarik telefon ini ialah kemampuan untuknya mengekstrak gambar 4K berkualiti tinggi daripada video yang dirakam. Maka, anda tak perlu pening untuk pilih sama ada nak rakam video ataupun ambil gambar bila anda boleh ada kedua-duanya sekali.

Dengan segala spesifikasi kamera ini, anda dijamin boleh menghasilkan gambar cantik dalam apa jua kedaan. Misalnya, anda boleh mendapatkan gambar jelas dan tajam 64MP dalam keadaan pencahayaan yang cukup, tetapi dalam keadaan malap, ia menggunakan teknologi Tetra Binning untuk memastikan gambar cerah sepanjang masa.

Pada kamera selfie, anda boleh menggunakan kesan bokeh dan solekan digital untuk panggilan video agar wajah anda sentiasa jelas ditambah dengan warna kulit cantik tanpa perlu mengenakan solekan.

Antara muka intuitif dan mudah digunakan

Sebaik sahaja anda keluarkan daripada kotak, kedua-dua Galaxy A32 ini menjalankan sistem operasi One UI 3.0 berasaskan Android 11, malah semua Galaxy A yang dilancarkan tahun 2021 diperkasa antara muka tercanggih Samsung!

Kelebihan Samsung berbanding pesaingnya ialah mereka tidak memasukkan iklan dalam sistem operasi mereka. Kenapa perlu ada iklan bila anda dah beli telefon ini?

Kemudian, di Galaxy A32 ada pengimbas cap jari di sebalik paparannya untuk memudahkan anda mengakses telefon. Tak kiralah anda gunakan tangan kiri ataupun kanan, ia amat mudah dicapai oleh mana-mana jari sekalipun.

Sekiranya anda memilih untuk menyertai teknologi 5G, Galaxy A32 5G dilengkapi Mediatek Dimensity 720. Ia bakal memberikan anda sambungan Internet mudah alih hyper-pantas. Kesannya, anda boleh menonton kandungan 4K dengan lancar tanpa sebarang lag.

Dapatkan mana-mana duo Galaxy A32 hari ini.

Dapatkan duo Samsung Galaxy A32 5G ataupun Samsung Galaxy A32 pada harga bermula RM1,099. Dengan setiap pembelian anda akan terima Soft Clear Cover percuma bernilai RM39. Lekas, tawaran ini sah sehingga 30 April 2021


 [s1]One UI 3.1

Tags: penajasamsungSamsung Galaxy A32samsung galaxy a32 5g
Penaja

Penaja

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Duo Galaxy A32 ini ada banyak kelebihannya

Duo Galaxy A32 ini ada banyak kelebihannya

23 April 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER