Nokia cuba tiru Apple, tapi tak kena cara

Nokia X20 ialah telefon baru HMD Global. Ia adalah antara produk HMD Global terawal yang sokong 5G dan mereka dilihat Cuma mengikut jejak langkah Apple apabila tidak menyertakan kepala pengecas bersama-sama di dalam kotak.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri dalam halaman produk Nokia X20. Dalam pasaran Eropah, Nokia X20 miliki tanda harga EUR350 (~RM1,729).

Setakat ini, telefon yang berani tak sertakan kepala pengecas bersama-sama telefon ialah Apple dan Samsung sahaja. Xiaomi pun cuba-cuba tapi tetap ada pilihan untuk dapatkannya bersama pengecas dan semuanya dibuat pada telefon berkelas flagship.

Tapi Nokia X20 bukanlah kelas flagship. Untuk EUR350 alternatif lain yang ada kepala pengecas ialah seperti Realme 7 5G (EUR279), Realme 8 5G (EUR219), ataupun Realme x50 5G (EUR350).

Realme X50 5G jauh lebih berkuasa dairpada Nokia X20 dengan Snapdragon 765G dan dilengkapi paparan 120Hz.

Spesifikasi Nokia X20

Nokia X20 ialah telefon sebesar 6.67” dan ia gunakan panel IPS pada resolusi FHD+. Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 480 5G bersama-sama RAM 6GB/8GB serta storan 128GB.

Di bahagian kamera, ia ada 4 kamera belakang dan 1 kamera depan. Kamera belakangnya menggunakan kombinasi kamera 64MP, 5MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (bokeh). Kamera depannya ialah 32MP.

Tangki bateri Nokia X20 ialah sebesar 4,470mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W.