Apple Watch Series 6 ada diskaun RM200 sekarang

Jam pintar terbaru dari Apple adalah Apple Watch Series 6, dilancarkan pada Oktober tahun lepas. Jika anda berminat untuk memilikinya, ia sekarang boleh dibeli dengan diskaun RM200 dari harga asal.

Dua pengedar sah Apple di Malaysia, Machines dan Switch, telah memuat naik promosi berkenaan diskaun RM200 untuk Apple Watch Series 6. Diskaun ini dilihat diberikan kepada semua model Apple Watch Series 6.

Lebih menarik lagi, Machines turut menerima tukar tebus (trade-in) Apple Watch yang lama untuk membeli Apple Watch Series 6 yang baru, dengan rebat sehingga RM775. Machines turut menyediakan ansuran mudah tanpa faedah, serta pelan perlindungan Machines dari kurang RM17/bulan.

Senarai Apple Watch Series 6 dan harganya dengan diskaun RM200 adalah seperti berikut:

  • Apple Watch Series 6 40mm GPS – RM1,749 RM1,549
  • Apple Watch Series 6 40mm GPS + Celluar – RM2,199 RM1,999
  • Apple Watch Series 6 44mm GPS – RM1,899 RM1,699
  • Apple Watch Series 6 44mm GPS + Celluar – RM2,349 RM2,149

Spesifikasi Apple Watch Series 6

Apple Watch Series 6 kini memiliki Sensor Oksigen Darah (SpO2) dan menyokong pengecasan pantas di mana 100% penuh dicapai dalam 1.5 jam sahaja. Ia juga menyokong Ultra Wideband untuk pengesanan lokasi dalam bangunan dengan lebih tepat.

Lain-lain perkara masih sama seperti kalis air 5ATM, amaran denyutan nadi rendah dan tinggi, pengesan kejatuhan dan altimeter sentiasa aktif. Ia juga menyokong sensor ECG tetapi ia masih belum diaktifkan di Malaysia.

Terdapat dua saiz skrin, 40mm dan 44mm dengan skrin Retina Always-On. Terdapat pelbagai sensor terbina di dalam seperti pengesan denyutan nadi, GPS, altimeter, giroskop, serta mikrofon dan speaker.