• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terperdaya aplikasi palsu jimat bil air dan elektrik, mangsa kerugian RM15,310

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:45 pm
  • 27/04/2021
  • Komen
Aplikasi palsu bahaya kepada diri dan peranti anda, ini cara mengesannya
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang wanita bernama Nang Ah Wa, 40, mengalami kerugian sebanyak RM15,310 apabila wang dalam akaunnya lesap dalam tempoh satu malam. Perkara itu terjadi selepas dia memuat turun satu aplikasi jimat bil elektrik dan air pada 23 Mac lalu.

Kronologi kes

Mangsa, Nang Ah Wa mengetahui mengenai aplikasi tersebut melalui satu iklan yang dibacanya dalam Facebook. Katanya, iklan itu mendakwa aplikasi berkenaan mampu memberi penjimatan terhadap bil elektrik dan bil air dengan pembayaran awal sebanyak RM10 sahaja. Oleh itu, dia tertarik untuk mencuba.



Nang Ah Wa (tengah) menunjukkan laporan polis.

Dia kemudiannya menghubungi pihak pengiklan dan mereka memberikan satu pautan kepada wanita itu melalui WhatApp. Dia seterusnya diminta untuk memuat turun aplikasi melalui pautan itu kira-kira pada pukul 7 malam.

Pada pukul 10 malam ketika menyemak akaun bank, dia mendapati kesemua duit berjumlah RM15,310 dalam akaun banknya telah hilang. Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya pada 28 Mac lalu.



Pilihan pembayaran bil

Bagi mengelakkan dari tipu, pembayaran bil perlulah dilakukan pada saluran rasmi yang ditetapkan oleh pihak syarikat TNB dan syarikat Air di negeri masing-masing.

Tiga saluran utama ditetapkan TNB ialah membayar di kios atau kaunter Kedai Tenaga seluruh negara . Selain itu, pembayaran secara dalam talian boleh dilakukan menerusi portal myTNB atau aplikasi mudah alih myTNB.

Anda boleh menghubungi TNB CareLine melalui talian 1-300-88-5454 untuk sebarang pertanyaan mengenai akaun TNB anda.

Anda juga boleh membayar bil melalui perbankan dalam talian dan JomPay, selain di kaunter Pos Malaysia, rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven, Kedai Mesra Petronas, rangkaian kedai 99 Speedmart serta kios PayQuick.

Rujuk pada sumber rasmi dahulu sebelum membayar bil anda. Jangan klik pautan yang tidak diketahui kesahihannya, lebih-lebih lagi jika ia diberikan dari orang yang anda tidak kenali. Tidak kiralah sama ada dari Facebook, WhatsApp atau apa-apa aplikasi sekalipun.

[Sumber: Kosmo]

Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Aplikasi palsu bahaya kepada diri dan peranti anda, ini cara mengesannya

Terperdaya aplikasi palsu jimat bil air dan elektrik, mangsa kerugian RM15,310

27 April 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER