• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A74 tiba sebagai telefon 5G paling murah di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 28/04/2021
  • Komen
Oppo A74 tiba sebagai telefon 5G paling murah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Perancangan kerajaan Malaysia untuk mengaktifkan rangkaian 5G di Malaysia menjelang hujung tahun ini telah meningkatkan lagi kedatangan peranti 5G ke Malaysia. Antaranya adalah pelancaran model baru Oppo A74, menjadikan peranti 5G semakin mampu dimiliki rakyat Malaysia.

Oppo A74 5G diumumkan hari ini dan ia memiliki tanda harga paling murah untuk sebuah telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia. Ketibaannya disertai oleh fon telinga wayarles baru, Oppo Enco Buds.



Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Oppo A74 5G akan dijual secara eksklusif dalam talian. Ia boleh dibeli di Stor Rasmi Oppo di Shopee sahaja. Hanya satu varian boleh didapati, pada harga berikut:

  • Oppo A74 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM 1,099

Jualan pertama Oppo A74 5G akan berlangsung semasa Hari Super Brand Oppo di Shopee, dari 5-7 Mei 2021. Pada 3 hari tersebut, pembeli boleh mendapatkan Oppo A74 5G dengan diskaun RM100, menjadikan harganya cuma RM999.



Tetapi ada tawaran lebih menarik, menanti untuk mereka yang membuat tempahan lebih awal. Dari 28 April hingga 4 Mei 2021, tempahan awal Oppo A74 5G akan menerima hadiah percuma bernilai RM298 iaitu: fon telinga Oppo Enco W11, perlindungan keretakan skrin 1-tahun, RM20 rebat Shopee Pay dan 30% diskaun untuk membeli Oppo Band.

Ketibaan Oppo A74 menjadikannya sebagai telefon 5G paling murah di Malaysia, yang baru dipegang oleh OnePlus Nord N10 5G (RM1,1,99) hampir sebulan yang lepas. Telefon 5G lain dengan harga menghampirinya adalah seperti Realme 7 5G (RM1,299), Huawei Nova 7 SE (RM1,299), Xiaomi Mi 10T (RM1,699) dan OnePlus Nord (RM1,799).

Di samping itu, Oppo juga akan menjual buat pertama kali fon telinga terbaru mereka, Oppo Enco Buds pada Hari Super Brand Oppo di Shopee. Harga rasminya telah ditetapkan pada RM159. Ia kelihatan sebagai naik taraf dari Enco W11 dengan peningkatan sokongan Bluetooth V5.2 dan bateri sehingga 24 jam.

Spesifikasi Oppo A74 5G

Tekaan kami sebelum ini tepat kerana model Oppo A74 5G di Malaysia adalah serupa dengan model yang dilancarkan di Australia, bukannya model di Filipina atau India. Ia adalah peranti yang dikuasakan cip kelas permulaan baru dari Qualcomm, Snapdragon 480 dengan sokongan rangkaian 5G. RAM pula dari jenis LPDDR4x sebesar 6GB dan storan dalaman UFS 2.1 128GB dipasang di dalamnya.

Skrinnya seluas 6.5-inci dari jenis LCD HD penuh, dengan kadar penyegaran 90Hz dan kadar sentuhan 180Hz. Pengimbas capjari terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Empat kamera belakangnya adalah kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 serta kamera mono 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP F2.0, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Lain-lain perkara di telefon ini adalah sokongan WiFi 5, Bluetooth v5.1, masih ada jek audio 3.5mm dan speaker mono.

Sistem operasi ColorOS 11.1 berasaskan Android digunakan di dalam Oppo A74. Terdapat 2 warna Oppo A74 disediakan untuk pilihan, antara hitam dan perak.

Tags: oppoOppo A74Oppo Enco Buds
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Oppo A74 tiba sebagai telefon 5G paling murah di Malaysia

Oppo A74 tiba sebagai telefon 5G paling murah di Malaysia

28 April 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER