• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

UPSR mansuh & PT3 dibatalkan, apa penilaian dilakukan untuk murid masuk ke tahap seterusnya?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:22 pm
  • 28/04/2021
  • Komen
UPSR mansuh & PT3 dibatalkan, apa penilaian dilakukan untuk murid masuk ke tahap seterusnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu sidang media, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengatakn bahawa, kerajaan memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021. Turut dimaklumkan, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini akan dibatalkan.

Menurutnya, pembatalan PT3 dilakukan dengan mengambil kira, masa yang ada bagi murid-murid membuat persediaan, khususnya secara bersemuka bersama guru-guru di sekolah. Ia juga berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih belum dapat ditangani sepenuhnya.



PT3 | Ujian PT3 Bagi 2021 Dibatalkan

Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 dibatalkan.

Kaedah pentaksiran murid Tingkatan 3 akan dilakukan melalui Pemerkasaan Pentaksiran Berdasarkan Sekolah. pic.twitter.com/3ts9VVJBup

— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 28, 2021

Manakala pemansuhan UPSR pula adalah kerana maklum balas yang diterima oleh guru berikutan terpaksa memberi tumpuan lebih kepada subjek UPSR, sehingga mengekang kreativiti mereka dalam pengajaran. Malah, murid juga tertekan untuk membuat persediaan supaya dapat mencapai skor 6A dalam peperiksaan itu.

Apabila kedua-dua peperiksaan ini tiada, bagaimana pelajar tahun 6 akan di nilai untuk memasuki kelas tingkatan 1? Begitu juga dengan pelajar tingkatan 3, tanpa PT3, bagaimana mereka akan diaturkan mengikut aliran ketika masuk ke kelas tingkatan 4 nanti?



Penilaian masuk ke tahap seterusnya

Untuk pelajar tingkatan 3 yang ingin masuk ke asrama penuh pada tahun 2022 pula, mereka akan di nilai melalui 3 komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsI) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Mereka juga perlu menduduki peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Bagi pemansuhan UPSR pula, Kementerian Pendidikan akan memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah bagi murid yang berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh dan sebagainya.

Dengan pemansuhan ini, tentunya pelajar tidak tertekan lagi memikirkan sasaran A yang diperlukan untuk masuk ke sekolah yang diimpikan.

[Sumber: Utusan, BH]

[Sumber gambar: Oh Bulan]

Tags: pt3upsr
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
UPSR mansuh & PT3 dibatalkan, apa penilaian dilakukan untuk murid masuk ke tahap seterusnya?

UPSR mansuh & PT3 dibatalkan, apa penilaian dilakukan untuk murid masuk ke tahap seterusnya?

28 April 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER