Ini senarai harga 7 produk AioT terbaru Realme

Realme telah mengadakan Realme AiOT Grand Launch Season 3 dengan menampilkan 7 produk terbaru pada harga serendah RM24.

Realme Watch S Master Edition

Realme Watch S Master Edition ialah Watch S biasa yang menerima corak baru. Ada dua rekaan yang boleh anda pilih, satu yang menggunakan warna hitam dan putih dan satu lagi berwarna warni.

Daripada segi spesifikasi, ini ialah jam tangan penjejak aktiviti yang dilengkapi sensor PPG. Bahagian mukanya ada paparan IPS LCD 1.3” pada resolusi 360 x 360.

Dengan satu bateri penuh, ia boleh beroperasi sehinggga 15 hari lamanya dan pengecasan penuh mengambil masa 2 jam.

Realme Watch S master edition dijual pada harga RM429 dan boleh dibeli bermula 8 Mei 2021. Untuk perbandingan, Realme Watch S biasa dijual pada harga RM369.

Realme Watch 2

Realme Watch 2 enampilkan panel paparan berwarna 1.4” pada resolusi 320×320 berkecerahan 600 nits. Dalam badannya ada bateri berkapasiti 315mAh yang menjanjikan waktu guna sehingga 12 hari.

Seperti Realme Watch S Master edition, Realme Watch 2 juga dilengkapi pengimbas nadi PPG dan boleh menjejak 90 jenis sukan secara automatik.

Antara ciri menarik selain menjejak aktiviti, ia juga boleh digunakan untuk mengawal kamera telefon terus daripada jam tangan.

Realme Watch 2 dijual pada harga RM229 tapi tarikh penjualannya tidak pula diumumkan.

Realme Buds Q2

Earfon jenis TWS ini berada dalam kategori entry-level dalam penawaran Realme. Realme tidak pula memberitahu berapakah hayat bateri earfon ini, sebaliknya hayat bateri keseluruhan bila diambil kira tenaga yang turut terkandung dalam bekas penyimpannya.

Realme Buds Q2 berikan anda waktu penggunaan berjumlah 20 jam. Tapi kalau anda rujuk model terdahulu, ia boleh beroperasi selama 4.5jam dengan satu bateri penuh.

Setiap satu earfon ini dilengkapi pemacu bunyi 10mm dengan julat kesensitifan frekuensi antara 20Hz hingga 20kHz.

Selain rekaan yang berlainan, pada sudut spesfikasi, tiada beza pun. Harga jualannya pun sama.

Realme Buds Q2 berharga RM129 tapi pada hari pertama jualannya, anda boleh belinya pada harga RM79.

Realme Buds Air 2 Neo

Dalam banyak-banyak produk yang dilancarka, Realme Buds Air 2 Neo adalah produk yang ada beza paling ketara berbanding model sebelumnya iaitu Realme Buds Air Neo. Paling ketara ialah pada rupa fizikal.

Realme Buds Air 2 Neo ada pemacu bunyi lebih kecil berbanding sebelumnya iaitu 10mm berbanding 13mm. Ia mungkin menjelaskan waktu guna yang lebih panjang. Dengan satu bateri penuh, ia boleh berkhidmat selama 7 jam lamanya bila ANC dimatikan atuapun 5 jam dengan ANC.

Ya, Realme Buds Air 2 Neo hadir dengan penyaring hingar aktif (ANC). TWS ini boleh anda dapatkan pada harga RM169 ataupun RM149 pada hari pelancarannya.

Realme Cobble Bluetooth Speaker

Ini ialah speaker Bluetooth pertama daripada Realme. Ia ditala khas oleh Realme Studio, menurut pengeluarnya. Speaker ini didatangkan dengan pemacu audio 5W bersama-sama dengan pemacu pasif untuk bass.

Dengan satu bateri penuh, ia boleh berkhidmat selama 9 jam lamanya. Kalau anda bawanya keluar, ia kalis air pada tahap IPX5. Maka, jangan risau sekiranya percikan air terkena padanya.

Ada beberapa setting audio boleh diubah melalui APP RealmeLink.

Realme Cobble Bluetooth Speaker dijual pada harga RM99 tapi tarikh jualannya masih tidak dikongsikan.

Realme Motion Activated Night Light

Realme Motion Activated Night Light sudahpun dijual di India pada harga INR599 (RM33). Di Malaysia, harganya ialah RM39 pada hari pertama jualannya atuapun RM99 diluar tempoh promosi.

Lampu ini dilengkapi pengesan pergerakan dan apabila dicetuskan, lampu akan menyala selama 15 saat. Ia sesuai untuk digunakan dalam almari atapun bahagian tangga. Berbekalkan 3 bateri AA, lampu ini mampu beroperasi selama setahun, bergantung pada pola penggunaan.

Realme Alkaline Battery

Realme pun ada bateri bersaiz AA dan AAA untuk dijual. Mereka dijual masing-masing pada harga RM29/10 biji dan RM24/10 biji.