Tempahan slot vaksin AstraZeneca penuh kurang 4 jam selepas ditawarkan

YB Khairy mengumumkan yang slot vaksin AstraZeneca (AZ) telah penuh pada jam 3:19 petang, lebih 3 jam selepas sesi tempahan dibuka. Bukan sahaja slot vaksin, malahan senarai menunggu juga telah ditutup penerimaan pendaftaran pada sekitar 5 petang hari yang sama.

Sebanyak 268 ribu slot telah dibuka secara siapa cepat dia dapat kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan keatas, berbeza daripada sebelum ini yang hanya diberikan pada warga emas.

Sebab vaksin AstraZeneca ditwarakan secara siapa cepat dia dapat adalah kerana ia sudahpun dikeluarkan daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan disebabkan terdapat insiden darah beku yang terpencil berlaku kepada penerimanya. Disebabkan kerjaan tidak mahu bazirkan vaksin yang sudahpun berada dalam simpanan mereka, tindakan itu diambil.

Orang yang menerima dos pertama AZ dijangka akan menerima dos kedua dalam masa 2 bulan daripada tarikh penerimaan dos pertama. Ia mencadangkan bahawa dos yang dimiliki kita buat masa ini tidak akan disimpan untuk dos kedua sebaliknya yang akan diberikan sebagai dos kedua ialah vaksin yang akan daripada luar tak lama lagi.