• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon pintar ini satu-satunya yang ada dalam 10 carian teratas Google bulan April

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:38 pm
  • 04/05/2021
  • Komen
Realme 8 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengeluarkan senarai 10 carian paling popular sepanjang bulan April 2021 di Malaysia. Carian tersebut merangkumi isu semasa, telefon pintar, sukan dan Ramadan.

Berdasarkan carian ini, dilihat ramai individu yang mencari tentang perlawanan bola sepak seperti Premier League dan Liga Eropah UEFA. Mungkin perlawanan yang berlangsung pada bulan April lalu melibatkan pasukan kesukaan mereka.



Selain itu, satu-satunya peranti yang berada dalam takhta 10 carian paling popular ini ialah Realme 8 Pro Malaysia. Harganya di bawah RM1500 menjadikan ia mampu milik. Tetapi, jika di bandingkan dengan telefon pintar lain yang dilancarkan pada bulan April, ada banyak lagi model dijual pada harga mampu milik seperti Oppo Reno 5F dan Vivo V21. Mungkin kerana kameranya, membuatkan ia jadi popular.

10 Carian Paling Popular, April 2021

Berikut merupakan 10 carian paling popular di Google pada April 2021.



1. Pencegahan Covid-19

Oleh kerana jumlah kes Covid-19 harian masih berjumlah ribuan angka, individu berusaha untuk mengetahui bagaimana mereka dapat meningkatkan langkah keselamatan untuk menjaga diri dan juga individu disekeliling. Dengan carian ini juga, anda boleh ketahui pelbagai cara untuk mengelak penyebaran Covid-19.

2. Realme 8 Pro Malaysia

Carian kedua tertinggi ialah Realme 8 Pro Malaysia. Peranti ini telahpun diumum jualannya di Malaysia. Harganya lebih murah berbanding Realme 7 Pro dahulu iaitu RM1,299. Tempahan awal model ini di buka pada 22 April 2021 yang lalu dan ia telah dijual bermula 1 Mei 2021.

3. Bangladesh vs Sri Lanka / Afrika Selatan vs Pakistan / Skor Langsung IPL

Peminat kriket disajikan dengan banyak aksi perlawanan melalui ICC World Test Championship dan Liga Perdana India sambil melihat sendiri kedudukan terkini pasukan kegemaran mereka.

4. Niat Puasa Ramadhan / Cara Solat Terawih / Niat Solat Terawih

Bulan Ramadan telah pun tiba pada 13 April 2021 yang lalu. Tentunya ramai umat Islam mencari maklumat ibadah berkaitan dengan bulan mulia ini. Ia termasuklah niat puasa, cara solat terawih dan niat solat terawih.

5. Tottenham vs Man United / Liverpool vs Newcastle / Liverpool vs Aston Villa / Arsenal vs Liverpool

Carian kelima terbanyak pula adalah berkaitan dengan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (Premier League). Dalam carian ini, Tonttenham dikalahkan Man United 1-3 pada bulan lalu. Manakala Liverpool meraih kemenangan 3-0 melawan Arsenal dan menang 2-1 melawan Aston Villa. Tetapi pada 24 April 2021, Liverpool tamatkan perlawanan seri 1 sama berhadapan dengan Newcastle.

6. Man United vs Granada 

Carian ini adalah berkaitan dengan bola sepak pertandingan Liga Eropah UEFA. Granada menemui Manchester United pada 9 April dan 16 April yang lalu. Dalam kedua-dua pertemuan itu, Manchester United meraih kemenangan 2-0.

7. Ayat Dari Langit / Ayat Dari Langit Full Movie

Ayat Dari Langit merupakan satu filem melayu yang ditayangkan di Atro Citra pada 17 April 2021. Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang menyebarkan ajaran sesat dan mahu pengikut sentiasa patuh telunjuk mereka. Ada juga karakter Kamal iaitu salah seorang pengikutnya yang berasa sangsi dengan ajaran pasangan suami isteri itu.


8. Kapal Selam Indonesia

Mesikpun tragedi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 berlaku di Indonesia, tetapi ia turut mendapat perhatian rakyat Malaysia. Setelah pencarian selama lima hari, kapal itu akhirnya ditemui pada kedalaman lebih dari 800 meter di Laut Bali tanpa ada mangsa yang terselamat.

9. Dortmund vs Man City 

Manchester City menemui Dortmund dalam Liga Eropah UEFA pada April yang lalu. Dortmund mengalami kekalahan terhadap Manchester City pada perlawanan pertama dan kedua. Perlawanan berakhir dengan skor agregat 4-2.

10. Salam Ramadhan 2021

Carian ini membawa pengguna menemui ucapan dan pantun berkaitan dengan bulan Ramadan. Ayat ucapan ini sesuai dihantar kepada kenalan sebelum kedatangan bulan Ramadan.

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Realme 8 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Telefon pintar ini satu-satunya yang ada dalam 10 carian teratas Google bulan April

4 May 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER