Pengguna Twitter dengan 600 pengikut, boleh operasikan Spaces sendiri

Twitter sudah pun memberikan kemampuan kepada pengguna yang mempunyai 600 atau lebih pengikut (followers) untuk menjadi tuan rumah Spaces, iaitu bilik audio sosial seperti Clubhouse. Ianya boleh digunakan oleh pengguna Android dan iOS.

Twitter mengatakan ia meletakkan jumlah 600 pengikut setelah mendapat maklum balas daripada pembaca dan apa yang dipelajari sejak memperkenalkan Spaces akhir tahun lalu. Akaun dengan jumlah itu cenderung memiliki pengalaman yang baik, dalam mengadakan perbualan langsung kerana jumlah penonton mereka yang ada.

Jual tiket sertai ruang audio

Selain itu, Twitter juga merancang untuk menawarkan ciri tiket untuk pengguna menjana wang melalui Spaces. Tuan rumah Spaces boleh menetapkan harga tiket dan jumlah tiket untuk di jual. Ini membolehkan pengguna mencipta satu ruang audio Spaces yang eksklusif dan mengenakan bayaran kepada pendengar yang berminat.

Tetapi, Twitter akan mengambil sedikit caj dari penjualan tiket itu. Ciri tiket ini akan tersedia untuk pengguna yang terhad dalam beberapa bulan akan datang.

Satu kelebihan besar yang dimiliki Spaces berbanding Clubhouse adalah sari kata, ia juga akan dikemaskini tidak lama lagi. Twitter merancang untuk menambah kemampuan untuk pengguna berhentikan (pause), ulang ke belakang (scroll back) dan menyesuaikan font perkataan sari kata pada Spaces.

Dengan adanya ciri ini, anda sudah boleh buat pilihan sama ada nak sertai ruang audio di Spaces atau Clubhouse. Tetapi, Spaces nampak lebih menarik dan ada banyak ciri hebat berbanding di Clubhouse, malah pengguna Android juga boleh turut serta dalam ruang audio ini.

[Sumber: TheVerge]