Pengguna Digi di seluruh negara malam ini berhadapan gangguan untuk berinternet. Perkara ini dikongsi oleh ramai pengguna Digi di media sosial.
Digi telah mengakui terdapat gangguan di rangkaian mereka. Pasukan teknikal Digi sedang berusaha untuk memulihkannya.
Di samping itu, Digi meminta penggunanya untuk mematikan dan menghidupkan semula telefon untuk cuba bersambung ke internet. Digi memohon maaf kepada semua atas kesuiltan yang dihadapi.
Gangguan rangkaian Digi jarang berlaku, berbanding talian Celcom. Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan untuk melaporkan juga kepada SKMM dan mendapatkan rebat daripada syarikat telekomunikasi sebagai gantirugi.