• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP sehingga Hari Raya dikuatkuasa di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Johor, Terengganu & Perak

  • OLEH Najib
  • 9:35 am
  • 06/05/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Hari Raya, akan turut dikenakan di Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di negeri Johor, Perak dan Terengganu. Perintah ini berkuatkuasa selama 2 minggu, dari 7 sehingga 20 Mei 2021.

Perintah ini merupakan kesinambungan kepada arahan yang dikeluarkan sebelum ini untuk 6 daerah di Selangor. PKP di 6 daerah di Selangor akan berjalan mulai 6 hingga 17 Mei 2021, menyekat pergerakan orang ramai sehingga sambutan Hari Raya yang dijangka jatuh pada 13 Mei 2021.



6 daerah di Selangor yang dikenakan PKP adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang. 3 lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, dikenakan PKPB yang sedikit longgar berbanding PKP.

Di Terengganu, Sebanyak 14 mukim dalam daerah Besut (kecuali Mukim Hulu Besut) turut dikenakan PKP iaitu Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, Kerandang, Pengkalan Nangka, Pasir Akar, Tembila, Bukit Puteri dan Kuala Besut.



Sementara itu, di Johor kawasan yang dikenakan PKP ialah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi. Di Perak pula, kawasan yang dikenakan PKP adalah Mukim Taiping, daerah Larut Matang dan Selama setelah berlaku peningkatan mendadak kes bagi kawasan berkenaan.

Antara larangan yang berkuatkuasa semasa PKP adalah tidak boleh makan di kedai makan. Kedai makan masih dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam, tetapi untuk bawa pulang sahaja.

Selain itu, sebarang penganjuran majlis yang mengumpulkan orang ramai juga tidak dibenarkan. Ia termasuk kenduri, majlis perkahwinan & pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan hari ulangtahun, dan lain-lain majlis sosial.

Tags: COVID-19pkp
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

PKP sehingga Hari Raya dikuatkuasa di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Johor, Terengganu & Perak

6 May 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN