• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia guna data mudah alih lebih banyak daripada negara jiran

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:38 pm
  • 11/05/2021
  • Komen
Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing
Share on FacebookShare on Twitter

Penganalisis landskap data mudah alih, OpenSignal, telah menerbitkan satu laporan yang mengandungi trend penggunaan data mudah alih beberapa negara rantau Asia Tenggara untuk tahun 2020 termasuklah Malaysia.

Daripada laporan tersebut, orang-orang kita dilihat menggunakan lebih banyak data mudah alih berbanding negara-negara jiran. Setakat Mac 2021, kita mencatatkan sekitar 30% peningkatan daripada segi penggunaan data mudah alih berbanding Januari 2020.



Sebagai perbandingan, negara Jiran Singapura dan Indonesia masing-masing berada di sekitar 20% dan 10% sahaja.

Peningkatan paling mendadak telah dicerap dalam bulan April 2021, apabila telco mengumumkan pemberian data percuma 1GB setiap hari untuk kegunaan sewaktu PKP sedangkan pada ketika itu, Singapura menunjukkan pengurangan sebanyak 20%. Ia mungkin boleh dijelaskan dengan kadar penembusan Internet tetap yang lebih tinggi di Singapura berbanding Malaysia.



Secara purata, pengguna Malaysia didapati menggunakan purata hampir 30GB data mudah alih dalam bulan Januari 2021, banding kira-kira 20GB dalam bulan Januari 2020, dan sekitar 16GB pada bulan Januari 2019.

Pola peningkatan penggunaan data mudah alih dijangka meningkat seiring dengan pelbagai inisatif yang sedang digerakkan Malaysia bagi menambah baik kualiti perkhidmatan data mudah alih mereka. Contohnya, pemberian data percuma yang diumumkan April 2020 lalu akan diteruskan sehinggalah Jaringan Prihatin dilaksanakan.

Data percuma 1GB diteruskan tahun 2021, sehingga Jaringan Prihatin dilaksana

Dibawah inisiatif Jaringan Prihatin, rakyat yang layak akan menerima rebat RM180 untuk melanggan pelan-pelan telco yang terpilih ataupun RM300 untuk membeli telefon. Dalam pada masa yang sama, projek Jalinan Digital Negara, JENDELA dilapor masih di atas landasan yang betul daripada segi mempersiapkan Malaysia untuk mengaktifkan rangkaian 5G mereka menjelang hujung tahun ini.

Fasa 1 JENDELA menepati sasaran, pembinaan 5G dipercepat tahun ini

Sumber: OpenSignal

Tags: OpenSignal
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

31 Julai 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER