Duo Samsung Galaxy A32 tampilkan paparan Super AMOLED yang menawan

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung

Samsung Galaxy A32 dan Galaxy A32 5G adalah duo telefon harga mampu milik yang hadir dengan pelbagai spesifikasi menarik. Anda boleh dapatkannya pada harga seperti berikut:

  • Samsung Galaxy A32 – RM1,099
  • Samsung Galaxy A32 5G – RM1,199

Paparan adalah salah satu bahagian yang perlu anda beri perhatian untuk kedua-dua telefon ini.

Rasai keterujaan menonton kandungan multimedia menerusi panel Super AMOLED sebesar 6.4”. Antara manfaat yang anda peroleh daripada teknologi Super AMOLED Samsung ialah warna seakan dunia sebenar serta kualiti imej masih kekal cantik walau daripada sudut mana anda pandang paparan ini sekalipun.

Sekiranya anda seorang gamers, ketahuilah yang paparan tersebut miliki refresh rate setinggi 90Hz untuk pastikan animasi yang terhasil atas paparan, bebas kabur dan tajam.  Maka, sesi bermain pastinya akan lebih memuaskan ditambah pula dengan kapasiti RAM 8GB yang memang tinggi untuk telefon dalam kelasnya.

Selain itu, dengan kecerahan panelnya sehingga 800 nits, anda boleh menonton movie dan video kegemaran terus di atas katil, tak perlu berebut TV dengan orang lain lagi.

Kalau perlukan paparan yang lebih besar, Galaxy A32 5G mempunyai paparan bersaiz 6.5”. Dengan saiz bingkai yang nipis, anda boleh menonton video kegemaran tanpa gangguan menerusi panel HD+ yang menawan.

Dapatkan seunit duo Galaxy A32 dan Galaxy A32 5G hari ini kerana Samsung sedang mengadakan kempen “Raya Bermakna, Meriah Bersama”. Dengan setiap pembelian model ini, anda akan mendapat hadiah percuma iaitu seunit Samsung SmartTag yang bernilai RM209.

Jangan terlepas peluang ini kerana promosi berlangsung sehingga 31 Mei 2021.

Turut berlangsung sehingga 31 Mei 2021 ialah promosi pemberian waranti tambahan Samsung Care+ untuk setiap pembelian Galaxy A32 yang bernilai RM110 secara percuma. Untuk model Galaxy A32 5G, perlindungan boleh dibeli pada harga bermula RM110.

Di bawah perlindungan Samsung Care+, Samsung akan datang kepada anda untuk ambil dan baiki telefon yang ada masalah, malahan mereka akan menggantikannya dengan yang baharu sekiranya isu tersebut tidak dapat diselesaikan.