• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RM150 kredit eBelia boleh ditebus mulai 1 Jun di 4 platform eWallet

  • OLEH Najib
  • 7:09 pm
  • 17/05/2021
  • Komen
RM150 kredit eBelia boleh ditebus mulai 1 Jun di 4 platform eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Inisiatif kredit eBelia yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 tahun lepas, akan boleh ditebus bulan hadapan. Hari ini, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa inisiatif ini boleh ditebus mulai 1 Jun 2021.

Kredit eBelia disediakan oleh kerajaan menerusi pakej stimulus ekonomi PEMERKASA untuk membantu belia dan pelajar dalam waktu pandemik COVID-19. Sebanyak RM150 kredit akan disalurkan ke dalam eWallet pengguna yang layak. Selain itu, ia akan disertakan insentif tambahan dalam bentuk pengembalian tunai, baucar, mata terkumpul atau coins.



Untuk penebusan kredit eBelia ini, ia boleh dilakukan menerusi 4 platform iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch n Go eWallet. Nampaknya Grab tidak lagi terpilih dalam inisiatif kali ini, walaupun ia terpilih dalam dua inisiatif hampir serupa sebelum ini.

Mereka yang layak menerima kredit eBelia RM150 ini mestilah berumur antara 18 ke 20 tahun pada 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003), serta pelajar sepenuh masa peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi tempatan berdaftar. Data mereka akan disemak silang oleh Kementerian Kewangan dengan pihak IPT dan pangkalan data kerajaan.



Kredit RM150 ini boleh dituntut mulai 1 Jun sehingga 22 Julai 2021. Kredit yang telah ditebus ini perlu dibelanjakan sebelum 31 Julai 2021. Mereka yang layak, boleh menyemak dan mengemaskini maklumat mereka di platform pilihan masing-masing untuk menebus. Setiap penerima hanya layak menebus di satu platform sahaja.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman web Belanjawan 2021 eBelia.

[Sumber: Kementerian Kewangan]

Bacaan Berkaitan

Belanjawan 2021: RM50 kredit e-Wallet untuk belia bawah Program eBelia
PEMERKASA: Kredit eBelia dinaikkan kepada RM150 seorang
Tebus RM50 ePenjana, semua yang anda perlu tahu
RM30 e-Tunai Rakyat Boleh Ditebus Bermula 15 Januari 2020
Tags: bigpayBoostKredit eBeliaShopeeshopee payTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
RM150 kredit eBelia boleh ditebus mulai 1 Jun di 4 platform eWallet

RM150 kredit eBelia boleh ditebus mulai 1 Jun di 4 platform eWallet

17 May 2021
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER