• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sharp Aquos R6 ada kamera belakang seperti sebuah kamera aksi ditampal padanya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:09 pm
  • 17/05/2021
  • Komen
Sharp Aquos R6 ada kamera belakang seperti sebuah kamera aksi ditampal padanya
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar telefon dari Jepun, Sharp, telah mengumumkan sebuah telefon berspesifikasi flagship, Aquos R6. Di bahagian belakang, anda akan temui cuma satu kamera yang nampak seperti sebuah Sony RX0 ditampal padanya.

Menurut Sharp, ini ialah telefon pertama dunia yang guna pakai sensor pengimejan 1”. Sistem pengimejan Sharp ini mendapat sentuhan Leica dan anda boleh temui kamera 20MP F1.9 dengan jarak fokal 19mm.



Penglibatan Leica dengan Sharp agak menarik. Ia menunjukkan yang Leica dengan Huawei tidak lagi eksklusif antara satu sama lain. Sudah tentu dalam masa akan datang, nama Leica mungkin akan ditemui pada jenama-jenama telefon lain.

Berbalik kepada Aquos R6, di bahagian mukanya ada panel paparan 6.6” beresolusi FHD+ dengan tahap kecerahan mencecah 2,000nits, juga yang tercerah setakat ini dalam industri.



Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 888, RAM 12GB dan storan 128GB. Membekalkan tenaga kepada telefon ini ialah bateri 5,000mAh. Lain-lain ciri menarik yang boleh anda temui ialah kekalisan air pada paras IPX5/8 serta kehadiran jek audio 3.5mm.

Sharp masih belum berkongsi maklumat berkaitan harga. Tapi janganlah berharap sangat kerana kali terakhir Sharp melancarkan telefon di Malaysia adalah dalam tahun 2018.

Telefon pintar SHARP AQUOS S2 jauh berbeza dari yang lain

[Sumber: Sharp]

Tags: SHARPsharp aquos r6
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Sharp Aquos R6 ada kamera belakang seperti sebuah kamera aksi ditampal padanya

Sharp Aquos R6 ada kamera belakang seperti sebuah kamera aksi ditampal padanya

17 May 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN