• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Food tersedia di Pulau Pinang, pesan sekarang & dapatkan penghantaran percuma

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:25 pm
  • 18/05/2021
  • Komen
AirAsia Food tersedia di Pulau Pinang, pesan sekarang & dapatkan penghantaran percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Airasia Food, platform penghantaran makanan oleh AirAsia sudah mula beroperasi di Pulau Pinang pada 11 Mei 2021 yang lalu. Sehingga kini, sudah ada 50 peniaga berdaftar menyertai AirAsia Food di Pulau Pinang.

Namun, ia hanya beroperasi di bahagian Pulau sahaja, perkhidmatan ini akan dikembangkan ke seberang Perai dalam fasa ke 2.



Promosi sehingga 11 Jun 2021

Menariknya, dari 15 Mei hingga 11 Jun 2021, pelanggan di Pulau Pinang dapat menikmati perkhidmatan penghantaran percuma tanpa had dalam jarak 10km dari lokasi pesanan, tanpa perbelanjaan minimum.

Selain itu, pelanggan di Pulau Pinang juga layak menikmati diskaun tambahan sebanyak RM5 dengan kod promosi ‘PENANG5’ untuk pesanan AirAsia food.



Cara membuat pesanan

Untuk membuat pesanan, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Kunjung laman sesawang airasia.com/food atau klik ikon ‘food’ di aplikasi AirAsia.
  2. Log masuk akaun anda
  3. Tetapkan alamat penghantaran pada bahagian ‘deliver to‘ di atas kiri
  4. Tekan filter di bawahnya untuk tetapkan jarak restoran
  5. Pilih kedai dan menu yang anda mahu
  6. Masukkan kod promosi sebelum lakukan pembayaran.

Peluang sertai AirAsia Food

Menurut Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang aplikasi AirAsia, dengan adanya platform ini di Pulau Pinang, ia akan membantu pengendali makanan dan minuman menghadapi PKP 3.0 dengan memberikan mereka penyelesaian alternatif untuk perkhidmatan penghantaran makanan.

Lim Ben-Jie (kiri), Ketua e-Dagang aplikasi AirAsia

Oleh kerana caj komisen jauh lebih rendah daripada penyedia perkhidmatan penghantaran makanan lain, ia dapat meringankan beban restoran kecil, penjaja dan peniaga kecil-kecilan dari rumah.

Pada masa ini, AirAsia telah mengurangkan caj komisen sebanyak 5%, iaitu daripada 15% kepada 10% selama dua minggu bermula 15 Mei.

Jika anda perniaga makanan atau minuman dan berminat untuk menyertai platform AirAsia Food, anda hanya perlu mengisi borang di sini. Tetapi sekiranya anda ingin menjadi sebahagian daripada Pasukan Penghantaran AirAsia, anda boleh mendaftar di halaman ini.

Untuk lebih penjimatan, para pengguna aplikasi AirAsia boleh mengumpul dan membayar menggunakan mata BIG untuk pesanan makanan di AirAsia Food. Airasia Food juga telah menambah ciri pesanan awal, untuk menawarkan kemudahan bagi mereka yang lebih suka merancang pesanan lebih awal.

Untuk ketahui sebarang kemas kini, diskaun, panduan membeli-belah dan banyak lagi produk e-Dagang yang menarik, ikuti AirAsia di Instagram dan Facebook.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaAirAsia Food
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER