• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A74 4G ada skrin AMOLED berharga di bawah RM900

  • OLEH Najib
  • 1:20 pm
  • 18/05/2021
  • Komen
Oppo A74 4G ada skrin AMOLED berharga di bawah RM900
Share on FacebookShare on Twitter

Sebulan yang lepas, Oppo memperkenal telefon 5G termurah di Malaysia, Oppo A74 5G. Hari ini, Oppo mengumumkan ketibaan versi 4G yang lebih murah, Oppo A74 4G. Bagaimanapun, ia sebenarnya telefon pintar yang berbeza hampir di semua perkara, bukan setakat sokongan 5G.

Oppo A74 4G hari ini diumumkan akan mula dijual di Malausia pada 20 Mei 2021, secara eksklusif dalam talian di Lazada. Jualan hari pertama ini turut menawarkan diskaun dan hadiah percuma bernilai RM179.



Kepada yang berminat membelinya, Oppo A74 4G dijual di Malaysia dengan harga rasmi RM899. Ini RM200 lebih murah dari Oppo A74 5G.

Khas pada 20 Mei 2021 di Lazada, pembeli boleh mendapatkannya di Stor Rasmi Oppo dengan hadiah percuma berupa fon telinga Oppo Enco W11 (bernilai RM159) dan baucar Lazada bernilai RM20. Tetapi tawaran ini terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja.



Selain ini, Oppo turut menawarkan diskaun RM100 jika anda terlepas atau tidak mahukan hadiah percuma tadi. Khas pada 20 Mei 2021 juga, Lazada TechMall akan menjual Oppo A74 4G pada harga RM799 sahaja, diskaun sebanyak RM100.

Di samping itu, pembeli Oppo A74 4G turut menerima diskaun 50% untuk membeli Oppo Enco Buds baharu, menerusi promosi pembelian-atas-pembelian.

Spesifikasi

Jika anda telah tahu tentang spesifikasi Oppo A74 5G, maka lupakannya kerana Oppo A74 4G sangat banyak bezanya. Bermula dengan kuasa, ia menggunakan cip Snapdragon 662 bersama RAM LPDDR4x 6GB dan storan 128GB.

Skrin pula dari jenis AMOLED 60Hz berukuran 6.43-inci, dengan resolusi HD Penuh. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin. Terdapat lubang di sudut atas skrin, memuatkan kamera hadapan 16MP F2.4.

Kamera belakang pula ada tiga. Gabungan kamera utama 48MP F1.7, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Tiada kamera ultra lebar di belakangnya.

Kapasiti bateri sebanyak 5,000mah dan ia menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB-C. Boleh mengisi penuh dari sifar ke seratus dalam masa 72 minit sahaja. Sistem bunyinya mono dan ia masih ada jek audio.

Telefon ini menjalankan sistem operasi ColorOS 11, berasaskan Android 11. Terdapat dua warna disediakan untuk Oppo A74 4G iaitu hitam dan biru.

Maklumat lanjut mengenai telefon ini boleh didapati dengan melayari laman produk Oppo A74 4G.

Tags: oppoOppo A74
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A74 4G ada skrin AMOLED berharga di bawah RM900

Oppo A74 4G ada skrin AMOLED berharga di bawah RM900

18 May 2021
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN