• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Narzo 30 terima rebat RM100 pada hari pertama jualannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:01 pm
  • 18/05/2021
  • Komen
Realme Narzo 30 terima rebat RM100 pada hari pertama jualannya
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini mengumumkan satu telefon baru buat kaki gaming di luar sana. Narzo 30 menampilkan banyak naik taraf yang menarik berbanding Narzo 20 tempoh hari.

Harga rasmi Realme Narzo 30 di Malaysia ialah RM799 dan anda boleh mula dapatkannya di Shopee pada hari pertama jualannya iaitu 20 Mei 2021. Pada hari tersebut, Narzo 30 boleh didapatkan pada harga RM699 sebelum naik ke harga asal selepas hari tersebut.



Spesifikasi Realme Narzo 30

Dalam tapak tangan, saiz Narzo 30 sama saja macam Narzo 20. Ia didatangkan dengan skrin LCD 6.5” 90Hz pada resolusi FHD+. Di penjuru sebelah kiri ada lubang yang menempatkan kamera selfie 16MP, satu naik taraf daripada kamera 8MP sebelum ini.

Atas papan utama, Narzo 30 dipacu oleh SoC Mediatek Helio G95, sebuah pemproses 8 teras yang dibangunkan daripada litografi 12nm. Bersama-sama SoC itu, anda turut beroleh RAM 6GB dan storan 128GB. Ruang penyimpanan telefon ini boleh diperluas melalui slot khas.



Ketiga-tiga kombinasi ini agak baik untuk sebuah telefon bawah RM1,000.

Sebanyak 3 buah kamera belakang Realme letakkan pada Narzo 30. Spesifikasi mereka hampir sama dengan Narzo 20. Cumanya pada model terbaru ini, kamera ultralebar telah digantikan dengan kamera B&W. Berikut adalah spesifikasi kamera belakang Narzo 30:

  1. 48MP
  2. 2MP B&W
  3. 2MP makro

Namun, Narzo 30 didapati miliki bateri nyata lebih rendah berbanding Narzo 20. Berbanding 6,000mAh pada generasi sebelumnya, pada itierasi terbaru Realme Cuma berikan 5,000mAh. Ia adalah satu perbezaan yang agak besar.

Tapi, kekurangan itu mungkin diubati dengan kehadiran Dart Charge 30W.

Tags: RealmeRealme Narzorealme narzo 30
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme Narzo 30 terima rebat RM100 pada hari pertama jualannya

Realme Narzo 30 terima rebat RM100 pada hari pertama jualannya

18 May 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER