• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google akan bantu analisis masalah kulit anda melalui kamera

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:06 pm
  • 19/05/2021
  • Komen
Google akan bantu analisis masalah kulit anda melalui kamera
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi, anda boleh semak dan ketahui maklumat mengenai keadaan kulit anda hanya melalui Google. Ciri baru ini dikongsikan oleh Google melalui persidangan I/O 2021.

Cara penggunannya dilihat amat mudah, pengguna hanya perlu halakan kamera pada bahagian kulit, rambut atau kuku yang bermasalah. Kemudian ambil 3 gambar pada bahagian bermasalah itu dari pelbagai sudut.



Anda kemudian akan ditanya mengenai jenis kulit anda, berapa lama anda mengalami masalah tersebut dan beberapa soalan lain berkaitan gejala yang anda alami. Soalan ini adalah untuk membantu Google menganalisis masalah kulit anda.

Seterusnya, model AI akan menganalisis maklumat yang anda berikan itu dan akan memaparkan senarai kemungkinan masalah kulit yang sepadan dengan anda. Anda kemudian diberi pilihan untuk meneliti maklumat yang diberikan dengan lebih lanjut.



Pihak Google berharap dapat melancarkan ciri ini kepada skala kecil pengguna pada tahun ini. Tetapi ciri ini sudah ditandakan sebagai alat perubatan Kelas I di Kesatuan Eropah (EU) tetapi belum diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) untuk digunakan di Amerika Syarikat. Anda boleh mendaftar untuk mengujinya di sini.

[Sumber: 9TO5Google]

[Sumber gambar: Cnet]

Tags: Googlegoogle i/o 2021
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google akan bantu analisis masalah kulit anda melalui kamera

Google akan bantu analisis masalah kulit anda melalui kamera

19 May 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN