• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah pelajar semakin ketinggalan pelajaran dengan pelaksanaan PdPR?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:13 am
  • 19/05/2021
  • Komen
Adakah pelajar semakin ketinggalan pelajaran dengan pelaksanaan PdPR?
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda merupakan antara guru ataupun ibu bapa yang mempunyai anak terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)? Jika ya, apa pendapat anda mengenai pelaksanaannya?

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Malay Mail, ibu bapa dan pendidik telah memberikan pelbagai cadangan, untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran berikutan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).



Peperiksaan secara dalam talian

Menurut seorang guru sekolah menengah di Johor, Anna Lim, para pelajarnya kini bertungkus-lumus mengejar mata pelajaran akademik, lebih-lebih lagi kerana tarikh peperiksaan SPM masih belum diputuskan.

Lim juga berkata, ada dalam kalangan pelajar dilihat tidak tahu apa yang dipelajari, kerana mereka tidak hadir ke kelas dalam talian secara konsisten.



Tambah Lim, kerajaan sepatutnya sudah menemukan jalan keluar kerana wabak ini sudah berlanjutan lebih dari satu tahun. Menghapuskan UPSR dan membatalkan PT3 bukanlah solusinya. Bahkan, pelajar kini tidak merasa perlu untuk belajar, kerajaan seharusnya cuba beralih ke ujian dalam talian atau pun telefon.

Baginya, peperiksaan seperti SPM dan PT3 itu boleh menguji pengetahuan yang diperlukan untuk pelajar naik ke tahap seterusnya.

Didik TV kurang berkesan

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, kaedah pembelajaran tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan telah gagal.

Contohnya, Didik TV yang diperkenalkan tahun lalu tidak dapat diakses oleh semua anak-anak. Ianya kerana, panduan program yang tersedia dan jadual di saluran itu hanya boleh didapati secara dalam talian.

Menurutnya, ada beberapa keluarga mengalami kesukaran untuk mengakses internet dan perkara ini tidak membantu mereka.

Noor Azimah juga mengatakan bahawa, dari maklum balas yang diterima, televisyen bukanlah alat yang berguna untuk belajar kerana ia dianggap sebagai medium hiburan.

Oleh itu, cadangannya, guru perlu lebih terlibat dengan murid melalui pelajaran dalam talian atau melalui Didik TV. Contohnya, guru boleh melihat program yang disediakan diDidik TV dan kemudian mengingatkan pelajar sehari sebelumnya untuk bersedia mengikuti program yang akan ditonton.

Pembelajaran hibrid

Sementara itu, Loh Thian Hong, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK (C) Puay Chai 2, mencadangkan agar sistem pembelajaran hibrid, iaitu gabungan antara pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka, dilaksanakan di sekolah. Sistem ini adalah paling sesuai untuk mengurangkan jumlah pelajar yang hadir di sekolah.

Ia juga dapat meringankan beban keluarga yang tidak mampu membeli alat yang diperlukan untuk mengikuti kelas dalam talian.

Bersetuju dengan Loh, ibu bapa dari empat anak, Jess Teng bimbang anak-anaknya tercicir dalam pelajaran dan akan memilih pembelajaran hibrid sekiranya pemerintah melaksanakan sistem seperti itu.

Menurutnya, jika belajar di sekolah, guru boleh melihat buku latihan anak dan membetulkannya terus di situ. Teng juga mencadangkan agar ibu bapa harus diberi pilihan, sama ada mereka lebih suka pelajaran dalam talian atau luar talian.

Setelah berulang kali kembali kepada PdPR, apakah kekurangan yang anda rasa ada dalam sistem pembelajaran ini? dan apa cadangan anda untuk mengubahnya?

[Sumber: Malaymail]

Tags: PdPR
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Adakah pelajar semakin ketinggalan pelajaran dengan pelaksanaan PdPR?

Adakah pelajar semakin ketinggalan pelajaran dengan pelaksanaan PdPR?

19 May 2021
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER