• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Malaysia mahu lancar satu lagi siri V21 dilengkapi 5G

  • OLEH Najib
  • 2:21 pm
  • 19/05/2021
  • Komen
Vivo Malaysia mahu lancar satu lagi siri V21 dilengkapi 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Vivo V21 dan Vivo V21e telah dilancarkan di Malaysia pada bulan lepas. Kedua-duanya dilengkapi kamera hadapan 44MP, untuk memberikan kualiti gambar swafoto yang hebat. Bagi Vivo V21, ia dilengkapi cip Mediatek Dimensity 800U tetapi sayangnya, tiada sokongan 5G.

Kini Vivo Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan membawa Vivo V21 yang menyokong 5G ke Malaysia. Perkara ini turut disahkan menerusi SIRIM apabila telefon pintar dengan model V2050 telah diluluskan dan tersenarai di pangkalan data SIRIM.



Spesifikasi penuh Vivo V21 5G ini masih tidak dinyatakan oleh Vivo secara rasmi, tetapi tinjauan dari negara lain yang telah melancarkannya boleh dijadikan rujukan. Antaranya di India, ia memiliki Vivo V21 5G yang kelihatan serba-serbi sama dengan Vivo V21 di Malaysia.

Malah, cip yang sama turut digunakan iaitu Mediatek Dimensity 800U, tetapi ada sokongan 5G. Selain itu ia datang bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Skrin dari jenis AMOLED 90Hz berukuran 6.44-inci HD penuh.



Bateri sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Kamera hadapan 44MP memiliki penstabil imej optikal (OIS) dan auto fokus. Ia juga diapit dengan dua LED Flash untuk gambar swafoto lebih cerah dan terang. Di belakang ia menggabungkan kamera utama 64MP, ultralebar 8MP dan makro 2MP.

Vivo V21 tanpa 5G telah dilancarkan di Malaysia dengan harga RM1,599. Dengan tambahan 5G, harganya mungkin naik sekitar RM100 ke RM200. Bagaimanapun, kita tunggu pengumuman rasmi dari Vivo Malaysia.

Tags: vivoVivo V21
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Malaysia mahu lancar satu lagi siri V21 dilengkapi 5G

Vivo Malaysia mahu lancar satu lagi siri V21 dilengkapi 5G

19 May 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER