• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple iPad Pro M1 (2021) sudah mula dijual di Malaysia sekarang

  • OLEH Najib
  • 11:24 am
  • 21/05/2021
  • Komen
Apple iPad Pro M1 (2021) sudah mula dijual di Malaysia sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengumumkan tablet paling berkuasa mereka, iPad Pro, dilengkapi cip terbaru mereka, Apple M1 pada pelancaran bulan lepas. Hari ini, ia telah mula dijual di Malaysia.

Switch, salah satu pengedar sah Apple di Malaysia telah berkongsi berita mengenai pembeli terawal iPad Pro di cawangan mereka di Sunway Putra hari ini. Pembeli tersebut mendapatkan tujuh unit iPad Pro M1 bersama papan kekunci Magic Keyboard.



Satu lagi pengedar sah Apple di Malaysia, Machines turut mengumumkan kesediaan iPad Pro di kedai mereka. Machines menawarkan diskaun sebanyak RM50 untuk pembelian Apple Pencil dan aksesori iPad Pro terpilih apabila membeli iPad Pro M1. Machines turut menyediakan ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sementara itu, pengguna di Malaysia juga boleh mendapatkan iPad Pro M1 menerusi laman web Apple Malaysia. Stor Online Apple Malaysia meletakkan waktu penghantaran untuk pilihan termurah, iPad Pro M1 berharga RM3,499 antara 1 ke 2 minggu.



Bagi pilihan termahal berharga RM10,399 pula, ia mengambil masa 4-6 minggu untuk dihantar. Harga termahal iPad Pro ini memberikan saiz skrin 12.9-inci, storan 2TB serta sambungan WiFi dan selular. Terdapat dua warna disediakan untuk iPad Pro iaitu kelabu dan perak.

Jika anda belum tahu, harga dan varian iPad Pro M1 yang dijual di Malaysia adalah seperti berikut:

11″ WiFi

  • 128GB – RM3,499
  • 256GB – RM3,949
  • 512GB – RM4,849
  • 1TB – RM6,649
  • 2TB – RM8,449

11″ WiFi + Cellular

  • 128GB – RM4,419
  • 256GB – RM4,599
  • 512GB – RM5,499
  • 1TB – RM7,299
  • 2TB – RM9,099

12.9″ WiFi

  • 128GB – RM4,799
  • 256GB – RM5,249
  • 512GB – RM6,149
  • 1TB – RM7,949
  • 2TB – RM9,749

12.9″ WiFi + Cellular

  • 128GB – RM5,449
  • 256GB – RM5,899
  • 512GB – RM6,799
  • 1TB – RM8,599
  • 2TB – RM10,399

Aksesori yang sama masih boleh digunakan di iPad Pro M1 ini. Antaranya Apple Pencil generasi ke-2 (RM549) dan Magic Keyboard (11-inci RM1,349, 12.9-inci RM1,549) berwarna putih.

Tags: appleapple ipad pro
Najib

Najib

POPULAR

Apple iPad Pro M1 (2021) sudah mula dijual di Malaysia sekarang

Apple iPad Pro M1 (2021) sudah mula dijual di Malaysia sekarang

21 May 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN