• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli kupon Bitcoin Luno di Shopee dan dapatkan Pizza Hut percuma

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 21/05/2021
  • Komen
Beli kupon Bitcoin Luno di Shopee dan dapatkan Pizza Hut percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pernah membeli dan menjual wangkripto, pasti anda pernah mendengar nama Luno. Platform aset digital pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ini, kini mengumumkan kerjasama dengan Pizza Hut dan Shopee untuk meraikan Hari Bitcoin Pizza.

Tahun ini adalah tahun ke-11 Hari Bitcoin Pizza diraikan. Dalam kerjasama ini, dari 21 Mei hingga 1 Julai 2021, pelanggan yang membeli baucar Luno di kedai rasmi Luno Shopee dan menebusnya melalui aplikasi Luno, akan mendapat ganjaran Bitcoin tambahan dan baucar Pizza Hut percuma bernilai RM30.



Baucar tersebut boleh didapati dengan harga serendah RM0.66 bersempena dengan promosi 6.6 Awesome Sale oleh Shopee yang akan datang.

Terdapat tiga baucar yang ditawarkan iaitu:



  1. Baucar berharga RM0.66 untuk RM25 Bitcoin percuma dengan pembelian minima RM100 untuk pengguna baharu.
  2. Baucar berharga RM1.66 untuk RM100 Bitcoin percuma dengan pembelian minima RM500 untuk pengguna baharu.
  3. Diskaun 10% untuk Baucar Bitcoin RM100

Hari Bitcoin Pizza menandakan ulang tahun ke-11 transaksi pertama Bitcoin, di mana perintis matawang kripto Laszlo Hanyecz, membeli dua pizza besar dengan wangkripto pada tahun 2010, yang bernilai lebih daripada RM2 bilion hari ini. Sejak itu, ia diraikan setiap tahun dan diiktiraf sebagai salah satu peristiwa paling penting dalam sejarah wangkripto.

Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia berkata, “Kami sangat teruja dengan kerjasama kami bersama Pizza Hut dan Shopee kerana kami berharap ia akan menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa mudahnya untuk melabur matawang kripto dengan cara yang selamat melalui platform yang dikawal selia seperti Luno. Hari Bitcoin Pizza meraikan sebuah peristiwa penting dalam sejarah matawang kripto dan kami ingin meraikannya dengan semua rakyat Malaysia. Sambutan ini mengetengahkan kepercayaan kami kepada matawang kripto untuk merevolusikan cara dunia melihat dan menggunakan duit. Bagi mereka yang berminat untuk mula melabur Bitcoin, promosi ini dapat memberikan pengenalan yang baik ke dalam dunia matawang kripto dengan cara yang menyeronokkan sambil menikmati pizza kegemaran anda.”

Luno kini menyediakan platform urusniaga aset digital untuk lima matawang kipto yang telah diluluskan SC iaitu Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH). Luno juga baru-baru ini telah mengumumkan pengecualian bayaran deposit melalui FPX, jika pengguna membuat bayaran deposit sekurang-kurangnya RM100. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Luno.

Tags: bitcoinLunoPizza HutShopee
Najib

Najib

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Beli kupon Bitcoin Luno di Shopee dan dapatkan Pizza Hut percuma

Beli kupon Bitcoin Luno di Shopee dan dapatkan Pizza Hut percuma

21 Mei 2021

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER