• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip sah dilancarkan di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 26/05/2021
  • Komen
Asus Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip sah dilancarkan di Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia kini mengesahkan ketibaan telefon pintar terbaru mereka, siri Zenfone 8 ke Malaysia. Ia menyaksikan kedatangan semula siri Zenfone yang telah hilang selama 2 generasi, kali terakhir adalah Zenfone 5.

Majlis pelancaran siri Zenfone 8 di Malaysia akan diadakan pada hari Jumaat, 28 Mei 2021 pukul 8 malam. Pelancaran ini dibuat secara langsung menerusi Facebook Asus Malaysia. Asus turut mengetengahkan dua orang duta untuk siri Zenfone 8 iaitu jurugambar Peter Tan, serta pencipta kandungan Tashbunny.



Di samping itu, Asus Malaysia juga mengadakan peraduan teka harga siri Zenfone 8 di Facebook mereka. Terdapat dua model yang perlu diteka, iaitu Zenfone 8 (RAM 8GB + storan 128GB), serta Zenfone 8 Flip (RAM 8GB + storan 256GB). Hadiah yang disediakan berupa telefon pintar Zenfone 8 Flip itu sendiri.

Peraduan ini akan ditutup sebelum pelancaran bermula iaitu 28 Mei, pukul 8 malam. Untuk rujukan, harga siri Zenfone 8 yang telah diumumkan di Eropah adalah EUR 599 (~RM3,030) untuk Zenfone 8 dan EUR 799 (~RM4,042) bagi Zenfone 8 Flip. Sudah pasti, harga di Malaysia nanti lebih murah berbanding di Eropah.



Siri Zenfone 8 menampilkan kuasa tertinggi masakini, cip Snapdragon 888. Bagi Zenfone 8 Flip, ia memiliki paparan 6.67” Super AMOLED 90Hz. Tarikan utamanya adalah kamera belakang boleh kilas, membolehkan ia digunakan juga sebagai kamera hadapan.

Zenfone 8 pula menampilkan rupa kompak, dengan skrin Super AMOLED 120Hz 5.9-inci, boleh dikatakan paling kecil untuk peranti kelas flagship masakini. Ia tiada kamera boleh kilas dan memiliki hanya dua kamera belakang bersama satu kamera hadapan.

Harga dan tarikh jualan siri Zenfone 8 di Malaysia pasti akan diketahui pada majlis pelancaran nanti. Ikuti kami untuk mendapatkan laporan terkini mengenainya kelak.

Ketahui lebih lanjut mengenai siri Zenfone 8 di dalam artikel kami di sini.

Zenfone 8 & 8 Flip: Semua yang anda perlu tahu
Tags: asusasus zenfone 8asus zenfone 8 flip
Najib

Najib

POPULAR

Asus Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip sah dilancarkan di Malaysia minggu ini

Asus Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip sah dilancarkan di Malaysia minggu ini

26 May 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN