• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple WWDC 2021, apa ada di sana dan apa yang baharu akan dilancar?

  • OLEH Najib
  • 7:11 pm
  • 27/05/2021
  • Komen
Apple WWDC 2021, apa ada di sana dan apa yang baharu akan dilancar?
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara persidangan tahunan pembangun antarabangsa, Apple Worldwide Developers Conference 2021 (WWDC21) dari 7 Jun hingga 11 Jun 2021. Kini Apple telah berkongsi jadual acara yang akan berlangsung sepanjang empat hari persidangan tersebut.

Bermula dengan Apple Keynote pada hari pertama, biasanya ia akan menyaksikan pengumuman perkara baru yang akan muncul dalam sistem operasi dan perisian produk keluaran Apple. Apple Keynote ini boleh ditonton oleh semua menerusi pelbagai platform antaranya di laman web www.apple.com, aplikasi Apple Developer, Apple TV dan di YouTube Apple.



Seterusnya pada hari yang sama, Apple mengadakan acara Platforms State of the Union. Acara ini akan memperkenalkan dengan lebih lanjut mengenai perkakas, teknologi dan kemajuan Apple di pelbagai platform, untuk membantu pembangun perisian membina aplikasi yang lebih baik.

Pada 10 Jun pula, Apple meraikan para pembangun serta pencipta dengan pemberian anugerah di acara Apple Design Awards. Selain ini, terdapat lebih 200 sesi satu-ke-satu untuk penerangan lebih mendalam dengan lebih 1,000 pakar dan jurutera Apple, untuk pembangun bertanya lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Jadual acara ini boleh disemak di aplikasi dan laman web Apple Developer.



Apa perkara baharu yang boleh dijangka?

Seperti biasa, orang ramai termasuk pengguna biasa produk Apple boleh menjangkakan sistem operasi baru bersama fungsi baru diperkenal di WWDC21 ini. Antaranya ialah iOS 15 untuk iPhone. Antara yang kuat diperkatakan akan tiba di iOS 15 adalah sistem notifikasi serba baharu.

Bagi tablet iPad pula, iPadOS 15 akan menerima perkara baharu di iOS 15, seperti sistem notifikasi baharu. Tetapi lebih dari itu, ia dijangka akan membawa lebih banyak fungsi khas untuk kegunaan iPad Pro baharu yang dikuasakan cip Apple M1.

Di Apple Watch pula, dikhabarkan akan ada muka jam baharu untuk pengguna. Dijangka juga akan ada penambahan untuk fungsi kesihatan seperti pemantauan tahap tekanan mental, yang telah sedia ada di kebanyakan jam kecergasan lain seperti di Fitbit.

Untuk Apple TV, tvOS 15 dijangka tidak membawa pengumuman besar. Sistem operasi di komputer, macOS juga dikatakan tidak akan membawa perubahan besar memandangkan tahun lepas, macOS Big Sur telah memperkenalkan banyak perkara baharu. Tetapi ia mungkin ada kaitan dengan pembaharuan di iOS 15 dan iPadOS 15.

Adakah jangkaan ini tepat? Apa pula yang anda harapkan akan muncul di WWDC21 ini? Jangan lupa untuk menyaksikan Apple Keynote WWDC21 yang akan bersiaran pada 7 Jun 2021 pukul 10 pagi PDT, bersamaan 8 Jun 2021, pukul 1 pagi waktu Malaysia. Nantikan juga laporan dari kami mengenai perkembangan dari sana.

[Sumber: Apple, imore]

Tags: appleApple WWDC
Najib

Najib

POPULAR

Apple WWDC 2021, apa ada di sana dan apa yang baharu akan dilancar?

Apple WWDC 2021, apa ada di sana dan apa yang baharu akan dilancar?

27 May 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN