• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 8 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:48 pm
  • 27/05/2021
  • Komen
Realme 8 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme 8 5G telah diumumkan. Ia adalah telefon 5G pertama Realme yang berharga di bawah RM1,000 lantas jadikannya telefon 5G Realme termurah setakat ini. Sebelum kehadiran Realme 8 5G, Realme 7 5G adalah yang termurah dengan harga RM1,299.

Realme 8 5G boleh mula dibeli melalui pengedar sah pada 27 Mei 2021 dan harganya adalah RM899.



Tiada rebat atas pembelian hari pertama disediakan kali ini tapi dengan setiap pembelian, anda akan terima pengisar smoothie mudah alih secara percuma.

Ada rebat pembelian diberikan pada hari pertama. Pada hari pertama jualannya, anda beroleh diskaun RM100 untuk jadikan harga telefon ini RM799 dan anda turut akan terima pengisar smoothie mudah alih secara percuma.



Realme 8 5G di Lazada

Spesifikasi Realme 8 5G

Realme 8 5G mendapat sambungan 5G daripada SoC Dimensity 700 5G, ia adalah cip sama yang menguasakan Samsung Galaxy A32 5G. Bersama-sama SoC itu, anda turut terima RAM 8GB dan storan 128GB.

Storan telefon ini boleh diperluas melalui slot khas yang disediakan. Pada harga RM899, ia adalah satu kombinasi yang baik. Tapi yang lebih menarik, RAM juga boleh diperluas.

Ini kali pertama telefon Realme dilengkapi teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE) yang membolehkan sistem telefon mengakses storan untuk digunakan sebagai RAM sementara bagi memberikan prestasi seperti telefon ada RAM lebih daripada yang terpateri atas papan utama.

Di bahagian paparan, telefon ini memperagakan paparan 6.5” beresolusi FHD+. Ia ada refresh rate setingg 90Hz, satu spesifikasi yang baik kerana pada Galaxy A32 5G, anda cuma terima paparan HD+ sahaja.

Konfigurasi trikamera belakang digunakan Realme pada model ini. Ia ada kamera 48MP dan 2 kamera 2MP, satu untuk makro dan satu lagi B&W. Selfie pula diambil menggunakan kamera 16MP.

Membekalkan tenaga kepada semua komponen elektronik telefon ini ialah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan keupayaan pengecasan pantas 18W.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Realmerealme 8realme 8 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Realme 8 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme 8 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

27 May 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN