Acer Swift X: Paduan Ryzen 5000 dengan RTX 30 dalam badan 1.39kg sahaja

Siapa kata laptop berspecs gaming perlu berat? Acer mampu lakukannya  dengan 1.39kg sahaja. Acer Swift X dilengkapi spesifikasi perkasa namun dalam badan yang minimalistic, nampak seperti laptop kerja biasa saja.

Seperti kebiasaan, spesifikasi akan berbeza-beza mengikut pasaran, tapi Acer berkongsikan specs maksimum yang boleh didapati.

Atas papan utama, ia diperkasa CPU siri Ryzen 5000 sehingga model 7800U bersama-sama GPU RTX 3050 Ti. Kemudian, RAM sehingga 16GB boleh didapati bersama-sama dengan storan sehingga 2TB SSD storan ada disediakan.

Daripada segi portabiliti, disamping beratnya yang rendah, paparannya juga kompak. Ia diberikan panel IPS FHD sebesar 14” berkecerahan 300 nits.

Acer agak pemurah daripada segi meletakkan port I/O. Anda beroleh benda-benda asas seperti USB-C, HDMI bersaiz penuh, 2 USB-A dan jek audio 3.5mm. Malangnya, tiada pembaca kad SD diberikan.

Tidak berkongsikan kapasiti bateri, namun Acer memaklumkan yang pengecas 65W digunakan untuk mengisi tangki bateri laptop ini dan bateri tersebut mampu berkhidmat sehingga 17 jam lamanya, bergantung kepada gaya penggunaan.

Acer Swift X (2021) akan mula diedarkan untuk pasaran global seawal Jun 2021 pada harga seperti berikut:

  • Pasaran A.S – bermula USD900 (RM3,729)
  • Pasaran Eropah – bermula EUR900 (RM4,544)
  • Pasaran China – bermula RMB6,500 (RM4,225)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.