Ciri MagSafe telah selamatkan iPhone ini daripada tenggelam ke dasar sungai

Seorang pengguna iPhone 12 Pro di Berlin telah keciciran telefonnya ke dalam satu terusan air dekat kota Berlin. Selepas beberapa ketika mengenangi lumpur sedalam kira-kira 3 kaki, dia masih gagal menemui telefonnya itu.

Sebagai ikhtiar terakhir, mereka cuba menggunakan kabel pengecas iPhone yang ada fungsi MagSafe untuk memancing keluar iPhone tersebut dan kali itu mereka berjaya. Malah, telefon itu dikesan masih boleh digunakan.

Memanglah telefon boleh digunakan, namun perlu diingatkan yang pengecas MagSafe Apple yang berharga RM179 itu tidak diiklankan sebagai kalis air.

Sumber

Untuk makluman, MagSafe ialah teknologi pengecasan wayarles yang diletakkan pada iPhone bermula iPhone 11. Ia menggunakan daya tarikan magnet bagi mengekalkan telefon di atas pad pengecas.

Daripada segi kekalisan air, iPhone 12 Pro dilaporkan miliki kekalisan debu/air pada paras IP68. Apple katakan yang telefon ini boleh menyelam dalam air tawar sedalam 6 meter selama 30 minit tanpa masalah.

Sebenarnya sebarang magnet yang punyai daya tarikan yang cukup kuat boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Biasanya magnet yang berasaskan Neodymium digunakan oleh orang untuk lakukan aktiviti “magnet fishing” ataupun memancing barang besi menggunakan magnet.

Sumber: PhoneArena