• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform

  • OLEH Najib
  • 6:04 pm
  • 01/06/2021
  • Komen
Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform
Share on FacebookShare on Twitter

Platform penstriman Disney+ Hotstar hari ini telah memulakan perkhidmatannya di Malaysia. Pengguna di Malaysia telah mula dapat melihat laman Disney+ Hotstar Malaysia, serta memuat turun aplikasi mudah alih.

Jika anda berminat untuk menggunakannya, ikuti panduan kami di bawah ini untuk mendaftar, melanggan dan menontonnya.



1. Yuran langganan Disney+ Hotstar Malaysia

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Disney+ Hotstar Malaysia menawarkan hanya satu bentuk langganan terbuka buat masa ini. Ia boleh dilanggan pengguna di Malaysia pada harga RM54.90 untuk 3 bulan.

Masih tiada tawaran langganan bulanan mahupun tahunan, seperti yang terdapat di Singapura dan Indonesia.



Harga langganan Disney+ Hotstar di Indonesia

Selain itu, Disney+ Hotstar Malaysia juga boleh dilanggan menerusi Astro. Caranya ialah dengan melanggan pek Movie di Astro. Pengguna Astro yang telah melanggan pek Movie, akan boleh menebus pendaftaran percuma Disney+ Hotstar.

2. Cara Mendaftar

Pendaftaran Disney+ Hotstar boleh dibuat menerusi laman web Disney+ Hotstar atau aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Google Playstore atau Apple Appstore.

laman web www.hotstar.com/my

Klik pada butang Langgan di atas. Ia akan membawa kepada laman yang menerangkan beberapa perkara tentang Disney+ Hotstar. Antaranya muat turun tanpa had, berbilang peranti, alih suara dalam bahasa melayu, tanpa iklan dan Dolby Audio.

Hanya ada 1 jenis langganan di sini iaitu RM54.90 untuk 3 bulan. Tekan butang Teruskan jika bersetuju untuk melanggan pada harga ini.

Selepas itu, ia akan meminta pengguna memasukkan nombor telefon. Jadi pengguna Disney+ Hotstar perlu memiliki nombor telefon untuk mendaftar, tidak boleh menggunakan emel. Tekan butang Teruskan.

Sistem akan menghantar SMS ke nombor telefon yang didaftarkan untuk kod 4 digit. Masukkannya di laman pendaftaran dan tekan Teruskan.

Seterusnya, ia akan meminta pengguna mengisi nama (tidak perlu nama sebenar) serta memilih jantina. Hanya Lelaki atau Perempuan boleh dipilih. Tekan Selesai untuk mengakhirinya pendaftaran.

3. Cara membayar

Selesai pendaftaran, pengguna akan dibawa ke laman pembayaran. Terdapat tiga cara pembayaran disediakan di laman ini iaitu menggunakan kad kredit, kad debit atau perbankan dalam talian.

Bagi kad kredit dan kad debit, pengguna perlu memasukkan nombor kad tarikh luput, nombor CVV dan nama.

Untuk perbankan dalam talian pula, pengguna perlu memilih bank yang ingin digunakan dan akan dibawa ke laman daftar masuk perbankan yang dipilih untuk membuat bayaran. Sebanyak 17 perbankan dalam talian diterima iaitu:

  1. CIMB Clicks
  2. Maybank2u
  3. RHB Now
  4. Am Online
  5. Hong Leong Connect
  6. Affin Bank
  7. Bank Islam
  8. Public Bank
  9. OCBC Bank
  10. Standard Chartered Bank
  11. UOB Bank
  12. Alliance Bank
  13. Bank Rakyat
  14. Bank Simpanan Nasional
  15. Bank Muamalat
  16. HSBC
  17. Kuwait Finance House

Setelah selesai, maka anda bolehlah mula menonton Disney+ Hotstar.

4. Cara Menonton

Terdapat beberapa cara untuk menonton Disney+ Hotstar. Sama ada menggunakan pelayar web yang boleh didapati dihampir semua peranti termasuk TV pintar, menggunakan aplikasi mudah alih serta di kotak TV Android seperti Mi Stick dan juga Apple TV.

Walaupun boleh menonton di pelbagai platform, pengguna hanya boleh menonton serentak di dua platform menggunakan Log Masuk yang sama. Tetapi tiada had untuk Log Masuk di semua platform.

A. Pelayar Web

Di pelayar web, pengguna boleh pergi ke laman web www.hotstar.com/my dan tekan pada Log Masuk di sudut atas kanan. Log Masuk menggunakan nombor telefon seperti pendaftaran tadi dan nombor TAC akan diterima menerusi SMS.

B. Aplikasi mudah alih

Pengguna telefon pintar dan tablet, boleh memuat turun aplikasi mudah alih di Google Playstore atau Apple Appstore. Lancarkan aplikasi dan Log Masuk menggunakan nombor telefon yang didaftarkan.

C. TV Pintar

Sama melalui kotak TV Android, TV Pintar ataupun Apple TV, cara muat turun aplikasi hampir sama dengan aplikasi mudah alih. Tetapi ia tidak boleh daftar masuk menggunakan nombor telefon.

Sebaliknya, selepas memasang aplikasi dan membukanya, ia akan memaparkan satu kod unik dan meminta pengguna membuka pelayar dan pergi ke hotstar.com/my/activate. Di sini, pengguna perlu memasukkan kod unik tadi selepas Log Masuk menggunakan nombor telefon. Setelah disahkan, maka anda akan boleh mula menonton Disney+ Hotstar di skrin TV besar.

Selamat menonton Disney+ Hotstar Malaysia.

Tags: astroDisneyDisney Plus Hotstar
Najib

Najib

POPULAR

Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform

Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform

1 June 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER