• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Grab sedia promosi pengangkutan untuk warga emas terima vaksinasi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:42 am
  • 01/06/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 12 Jun 2021, warganegara yang berusia 60 tahun ke atas yang juga pengguna Grab boleh menikmati promosi untuk semua perkhidmatan kenderaan Grab bagi mendapatkan vaksinasi. Diskaun akan diberikan sehingga RM8 untuk 4 perjalanan ke mana-mana pusat vaksinasi.

Ia bermaksud, promosi ini merangkumi perjalanan pergi dan balik untuk janji temu pengambilan kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.



Selain itu, Grab telah menyediakan lokasi turun (drop-off) yang jelas di semua pusat-pusat vaksinasi (PPV) di seluruh negara. Promosi ini akan dihantar terus ke dalam peti mel pengguna yang layak dan berdaftar.

Grab bekerjasama dengan MOSTI & CITF

Program ini diperkenalkan susulan laporan yang menyatakan bahawa masalah pengangkutan menjadi punca utama warga emas tidak menghadiri janji temu vaksinasi mereka. Ini juga merupakan inisiatif Grab bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan.



Grab akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), bagi memastikan semua lokasi di pusat-pusat vaksinasi berkenaan ada di dalam aplikasi Grab.

Cara tempah Grab untuk warga emas

Bagi anda yang layak menerima promosi ini, anda boleh menempah perkhidmatan Grab dengan hanya beberapa langkah mudah:

  1. Daftar akaun Grab dan sahkan umur penumpang di GrabPay pada 7 Jun 2021.Pengguna perlu melengkapkan pendaftaran Know Your Customer (KYC)
  2. Anda akan menerima kod promosi menerusi emel pada 12 Jun 2021.
  3. Pada hari janji temu berkenaan, tempah perkhidmatan kenderaan Grab dengan memasukkan lokasi pusat vaksinasi
  4. Salin dan tampal kod promosi dari peti emel ke dalam tab “tawaran”
  5. Promosi ini boleh digunakan untuk semua kaedah pembayaran di Grab
  6. Selepas selesai vaksinasi, para pengguna kemudiannya boleh menempah perkhidmatan kenderaan Grab dari pusat vaksinasi berkenaan ke rumah masing-masing.
Tags: GrabVaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Grab sedia promosi pengangkutan untuk warga emas terima vaksinasi

1 June 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN