• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kredit eBelia RM150: Ini tawaran tambahan setiap eWallet

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:18 pm
  • 01/06/2021
  • Komen
Kredit eBelia RM150: Ini tawaran tambahan setiap eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Kredit eWallet RM150 yang ditawarkan bawah program eBelia sudah boleh mula ditebuas pada 1 July 2021. Semua warga Malaysia yang berumur antara 18-20 dan sedang menjalani pengajian tinggi di Universiti bertauliah boleh menebusnya.

Sebanyak empat penyedia perkhidmatan eWallet dipilih sebagai saluran pemberian iaitu BigPay, Boost. ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet. Bagi merancakkan lagi penebusan, setiap penyedia ini memberikan tawaran tambahan di atas kredit RM150 yang diberikan tadi.



Apakah kelebihan bila menebus kredit eBelia melalui salah satu daripada empat eWallet itu?

BigPay

BigPay adalah satu-satunya servis eWallet yang ada kad fizikal yang bolehkan anda gunakan eWallet anda di kedai yang menerima kad debit/kredit. Sekiranya anda menebut eBelia melalui mereka, anda akan diberikan RM100 dalam bentuk baucar iaitu:



  • RM20 untuk pembelian makanan secara penghantaran
  • RM40 untuk pembelian tiket penerbangan
  • RM40 untuk kombo SNAP

Muat turun BigPay – Android, iOS

Boost

Pemberian bernilai RM300 menanti anda di Boost dengan peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM50,000 lagi. Ada pelbagai tawaran menarik daripada peniaga F&B, Telco, Gaya Hidup, dan Fesyen turut ditawarkan.

Selain daripada apa yang ditawarkan di atas, Boost turut menyediakan emas bernilai RM29 ribu untuk disambar. Lain-lain hadiah termasuklah laptop MSI GF63 15.6”, iPad Pro 11” 128GB, Harman Kardon Aura Studio 3, dan Dyson Supersonic Hair Dryer.

Muat turun Boost – Android, Huawei, iOS

ShopeePay

Selain RM150 daripada eBelia, ShopeePay menawarkan baucar pelbagai guna bernilai sehingga RM500. Antara yang menanti pengguna ialah baucar Free Shipping RM60, baucar Cashback RM40, baucar Yes Prepaid RM50. Kemudian, bacuar bernilai sehingga RM500 itu juga termasuklah dua bacuar yang diberikan secara rawak iaitu 2 baucar tunai masing-masing bernilai RM300 dan RM50.

Tak terhenti di situ, andainya anda dalam kalangan 140 ribu individu pertama menebus eBelia melalui SHopeePay, anda turut terima tambahan 11 baucar RM55 untuk digunakan dalam pembelian kategori “Top brands”.

Beberapa jenama terkenal dalam “Top brands” ialah Starbucks, FamilyMart, KFC, Mr. DIY, Caltex, Pizzahut, NinjaZ.

Muat turun Shopee – Android, Huawei, iOS

Touch ‘n Go eWallet

Touch’n Go eWallet menyediakan baucar benilai RM1,000 kepada penebus eBelia melalui saluran mereka. Antara yang menanti pengguna ialah baucar Lazada RM600 dan baucar Cashback RM400.

RM150 eBelia tidak boleh digunakan untuk pelaburan GO+, pembayaran bil seperti utility, prabayar, pascabayar, dan kredit dalam permainan. Tapi, RM150 boleh digunakan di pembayaran tol melalui RFID.

Muat turun Touch ‘n Go eWallet – Android, Huawei, iOS

Tags: Belanjawan 2021bigpayBoosteWalletfintekPEMERKASAShopeeShopeePayTouch n Go eWallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Kredit eBelia RM150: Ini tawaran tambahan setiap eWallet

Kredit eBelia RM150: Ini tawaran tambahan setiap eWallet

1 June 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER