• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Makcik Travels sedia tawaran temani golongan wanita dapatkan vaksin

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:32 pm
  • 01/06/2021
  • Komen
Makcik Travels sedia tawaran temani golongan wanita dapatkan vaksin
Share on FacebookShare on Twitter

Jika ada dalam kalangan ahli keluarga anda, golongan wanita, menetap jauh dan memerlukan pertolongan seseorang untuk menemani mereka ke sesebuah lokasi, Makcik Travels boleh menjadi satu solusi buat mereka.

Makcik Travels merupakan sebuah perkhidmatan menemani individu ke sesebuah lokasi khas untuk golongan wanita, kanak-kanak dan individu berkeperluan khas. Mereka akan menjemput dan menghantar pelanggan ke destinasi pilihan.



Malah, kini Makcik Travels juga menyediakan perkhidmatan dan tawaran istimewa untuk menemani golongan wanita mendapatkan vaksin.

Makcik Travels temani mendapatkan vaksin

Melalui satu perkongsian individu di Twitter, Makcik Travels juga menawarkan untuk memandu dan menemani golongan berkeperluan untuk mendapatkan vaksin, dengan bayaran RM50 bagi dua jam pertama. Tetapi harga itu boleh dirunding mengikut bajet anda.



https://twitter.com/sitisarahanr/status/1399274798732046339

Dengan adanya perkhidmatan ini, anda tidak perlu rentas Negeri, pulang ke kampung untuk temani ibu anda mendapatkan suntikan vaksin.

Namun, dalam tempoh lockdown ini, perkhidmatan akan tetap berjalan tetapi ianya terhad disebabkan sekatan yang sedia ada. Oleh itu, Makcik Travels menyediakan protokol perkhidmatan mereka sepanjang PKP 3.0, fasa 1:

1. Perkhidmatan sekitar 10km dari lokasi pelanggan sahaja, kecuali untuk vaksinasi.
2. Tempat tinggal AdiNita harus berdekatan dengan pelanggan, kurang 10 km dan tidak melalui roadblock.
3. Tempahan perlulah dilakukan awal atau sehari sebelum anda memerlukan perkhidmatan. Tempahan boleh dilakukan dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang.
4. Had pembelian barang adalah 15 item atau kurang.
5. Hanya membawa seorang pelanggan pada satu-satu masa.
6. Pelanggan yang ingin ke Pusat Pengambilan Vaksin perlu hantar pengesahan MySejahtera kepada AdiNita dan AdiNita akan menggunakan pengesahan tersebut sebagai justifikasi melakukan tugas.
7. AdiNita wajib memakai dua topeng mukan apabila membawa pelanggan (dua topeng pembedahan atau 1 topeng pembedahan + 1 topeng muka kain)

Jika anda memerlukan perkhidmatan Makcik Travels, anda boleh hubungi mereka melalui WhatsApp di talian 0102284020

Selain daripada perkhidmatan ini, anda juga boleh pesankan Grab untuk ibu bapa anda di kampung untuk membawa mereka ke pusat vaksinasi bagi mendapatkan vaksin. Grab menyediakan promosi pengangkutan khas untuk warga emas terima vaksinasi bermula 12 Jun 2021.

[Sumber: Makcik Travels]

Tags: makcik travelsVaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Makcik Travels sedia tawaran temani golongan wanita dapatkan vaksin

Makcik Travels sedia tawaran temani golongan wanita dapatkan vaksin

1 June 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER