Oppo Reno 5F berwarna Perak ada hadiah percuma untuk pembeli terawal

Oppo Malaysia hari ini membuka tempahan awal untuk warna baru telefon pintar Oppo Reno 5F. Telefon yang dilancarkan pada bulan April lepas dengan warna Fantastic Purple dan Fluid Black, kini disertai warna perak atau Crystal Silver.

Tempahan awal warna baru Oppo Reno 5F ini dibuka dari 1 hingga 5 Jun 2021, di Stor Online Oppo, serta di Stor Rasmi Oppo di Lazada dan Shopee. Ia dijual pada harga RM1,199 dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Khas untuk 200 pembeli terawal dalam tempoh ini, mereka akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM238 iaitu fon telinga OPPO Enco Buds dan Powerbank Remax 10,000mAh.

Spesifikasi

Oppo Reno 5F dikuasakan cip Mediatek Helio P95, bersama RAM LPDDR4x 8GB dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD sehingga 256GB diterima untuk meluaskan storan.

Skrinnya dari jenis AMOLED 60Hz HD Penuh, berukuran 6.43-inci. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Di belakang, ia dilengkapi 4 kamera iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera potret 2MP F2.4. Terdapat lubang di sudut atas skrin, memuatkan kamera hadapan 32MP F2.4.

Tenaga pula disalur dari bateri 4,310mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 30W melalui sambungan USB-C. Sistem operasi ColorOS 11.1 berasaskan Android digunakan di dalam Oppo Reno 5F.